Khamis, 20 Oktober 2011

KHAIRY JAMALUDDIN DAN BUAH DADA-CEMAR RUKUN NEGARA KELIMA

KJ=Kerja Jahat=Kaki Jilat=Korek Jubor kepada UMNO
KUALA LUMPUR: KJ semalam telah mengaitkan isu nama Buah Pala dengan Buah Dada. Kelucahan dan gangguan seksual KJ ini bakal mengundang padah apabila didesak untuk menarik balik dan memohon maaf kepada anak Lim Guan Eng.

Jika sebelum ini Lim Guan Eng telah diserang bertubi-tubi untuk memohon maaf dari sultan Johor yang telah menyebabkan baginda tersinggung kerana media pro-UMNO mengatakan tindakan LGE telah menghina negeri Johor kerana terbabit banyak isu penculikan yang konon bakal menyebabkan kerugian kepada negeri Johor lantaran pelabur takut ke sana. Dengan positif dan terbuka LGE memohon maaf kepada baginda sultan tanpa banyak bicara dan alasan. Inilah sikap yang berani dan jantan LGE dalam soal berhadapan dengan sesuatu isu yang agak kontroversi. Beliau sanggup menghadapinya dengan tenang meski suara-suara sumbang selepas permohonan maaf itu masih tidak reda dan mendesak agar LGE menerima pembalasan dari parti sendiri kerana telah mengaku bersalah berbuat demikian.

Suara sumbang yang datang dari UMNO melalui Zahrain dan beberapa tokoh dari Parti Cinta Malaysia yang merupakan parti yang sangat disayangi BN, berbanding MCA dan Gerakan. Mereka mendesak supaya LGE diberikan pengajaran oleh partinya sendiri atas kelancangan tersebut. Lucunya PCM ini.

Tapi kini dalam isu membabitkan anak LGE meramas buah dada pemain catur profesional Anya Corke, yang terang-terangan difitnah oleh papagomo dalam blognya dan blog Dr Novandri serta blog Dr MiM, kemudian telah disokong pula oleh Ketua Pemuda UMNO iaitu Encik Khairy Jamaluddin dengan isu 'buah pala' dan 'buah dada', jelas menunjukkan moral yang rendah dalam menyebarkan maklumat kepada golongan belia negara ini. Perbuatan sedemikian telah mencemarkan rukun negara kelima iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan'.

KJ jelas telah melanggar rukun negara yang ke lima. Tapi apa pula tindakan BN terhadap mereka?

Semalam muncul pula YB dari Sarawak yang menegaskan pendirian bahawa perbuatan itu adalah tuduhan peribadi dan tidak membabitkan UMNO sama sekali. Jadi urusan menyelesaikan permasalahan ini hayalah melibatkan urusan peribadi, jangan salahkan UMNO. Bengapnya pendirian YB yang satu ini. Sepatutnya tekanan dan hukuman yang setimpal dari UMNO kepada pemblog dan Ketua Pemuda UMNO. Apatah lagi UMNO yang mengupah cybertroopers ini. Mereka telah memalukan parti dengan tohmahan yang tidak berasas sama sekali.

Tindakan yang sama harus diberikan sebagaimana yang pernah diberikan kepada LGE, bukan hanya membebaskan mereka begitu sahaja.

Walau dakwaannya tidak melibatkan parti tapi ini soal kerukunan negara, jika demikian adalah lebih baik hapuskan sahaja pancasila itu. Rakyat negara ini bebas lakukan jenayah kelucahan melampau sesuka hati. Tiada lagi adat dan sopan yang maha hebat dicipta dalam negara ini. Rukun negara wewenangnya dilanggari, Perlembagaan amat mudah dicabuli (kes Mahathir), Islam mudah dimurtadkan dan sebagainya.

Kekalam kabut ini berpunca dari UMNO yang mempunyai kuasa terbesar sebagai peneraju negara, UMNO harus menghapuskan dan menetapkan garis panduan yang munasabah kepada pemblognya. Dengan kata lain harus memberi pengajaran di atas 'kekurangan ajar' itu.

Apakah UMNO menyokong perbuatan ini?

Jika demikian tak perlu diulaskan lagi, jadi tak usah mengatakan yang UMNO tidak terlibat dalam soal ini. Jika tidak masakan dapat dibiarkan saja pencabulan hak privasi ini masih dibiarkan oleh UMNO. Jangan hanya bila pembangkang yang melakukan kesalahan itu UMNO bising, heboh dan riuh sekali. Tetapi bila kena batang tengkuk sendiri UMNO biarin saja.

Adilkah perbuatan itu?


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code