Khamis, 20 Oktober 2011

SUARA SOI LEK TAK DIENDAHKAN JAMIL KHIR TOYO II

SOI LEK bertempik, Ketua Padri menyalak, tapi semuanya membisu seribu bahasa: Najib pekak badak, Muhyiddin buta tuli. Ismail Ngok Ngek tak kata apa. Kelu dan kelu. Malah penggunaan stadium Shah Alam juga dibenarkan. Ramai yang kata, biarkan, biarkan, biarkan...demi Islam, demi Islam, demi Islam.


PAS, PKR senyap dan tidak mahu turut serta atas nama parti, tapi Perkosa dan JMM? Bagaimana? Mereka tetap ikut serta sebab itu program UMNO.

NONEUMNO tidak peduli pekikan MCA, MIC, Gerakan, PCM dan sebagainya. Apa yang Jamil Khir Toyo II (gambar) berkeras (mentang-mentang menteri UMNO) maka semuanya harus diam. Harussani (mufti UMNO) juga kata semua orang mesti diam. Maka Najib monyok, Muhyiddin jelir lidah. Semuanya bisa dilakukan. Atas dasar apa? Atas dasar UMNO mahu. Mudah bukan?

Jelas, nampaknya jika semua UMNO mahu maka semuanya tutup mulut, semuanya tidak berani bersuara. Termasuk Kepala Agama negara. Mengapa?

Tapi, jika S. Ambiga menyalak, Hj Hadi terpekik terlolong, Mat Sabu rebah berguling bating, peserta Bersih jual periuk belanga demi menyertai Bersih - maka pecahlah lubang tekak Najib, bengkaklah bibir mulut Muhyiddin, keluar bijik matalah Ibrahim Ali kerana bergomol, berbiratlah bibir Zulkulum laksana menengking, bukan kerana apa. Tapi semata-mata kerana menghalang Bersih dari berhimpun.

Sekalipun Bersih 2.0 bersumpah, berikrar dan berjanji untuk mengadakan perhimpunan secara aman dan damai. Adalah lebih elok jika dibenarkan berhimpun di Stadium Negara. Tapi Najib menipu Bersih, Muhyiddin menyekat. Ismail Ngok Ngek tumbuh bulu di dahi berkerut kerana tiada kebenaran mengeluarkan  permit.

Segala ini berlaku bukan kerana agama, segala ini berlaku bukan kerana politik...tetapi kerana UMNO tidak mahu. UMNO tidak mahu merestuinya maka jelaslah segalanya kabur.

Tapi bila HIMPUN konon atas dasar bukan politik, bahkan dakwanya oleh NGO seperti Ambiga, mahu berhimpun, dengan segera Jamil Khir Toyo II menyalak laksana halilintar membelah bumi, menyinga terhadap agama lain dik murtadkan Islam. Dengan segera pula HIMPUN diluluskan permit. Dengan pantas Tsu Koon sokong, dengancepat pula Ibrahim Ali melancarkan jihad. Dan semua ini mudah dilaksanakan, bukan kerana apa, tapi kerana UMNO mahu melakukannya.

Begitu juga dengan isu hudud, sebab UMNO goblok itu tidak mahu, maka segalanya 'haram' dilaksanakan. Segalanya musnah ditiup bayu bila UMNO 'tidak hingin'. Bukan kerana lain tapi kerana 'kuasa yang ada di tangan UMNO'. Dari mana datangnya kuasa itu? Dari pilihan raya yang dibuat oleh rakyat. Rakyat memilih UMNO untuk tidak melakukan segalanya yang baik tapi hanya untuk memusnahkan rakyatnya sendiri dengan kenaikan harga barang yang tinggi, ekonomi yang tidak menentu dan agihan pendapatan negara secara tidak adil dan saksama.

Rasanya sudah sampai masanya UMNO dibungkus dan digulai, sudah sampai masanya UMNO dicampakkan ke laut demi mendapat kedamaian yang sebenar.

Himpunan sejuta rakyat ini dibenarkan pula oleh UMNO semata-mata untuk menampakkan penentangan yang serius terhadap isu murtad. UMNO mendakwa Kristianlah yang menjadi punca kemurtadan ini. Keadaan ini tidak lebih hanya menjadikan negara ini dalam keadaan kucar-kacir dan meningkatnya polemik agama yang semakin tegang dalam kalangan penganutnya. Bukankah ini akan merugikan ekonomi negara kerana perhimpunan ini?

Jika dulu semasa Bersih Ng Yen Yen kata negara bakal rugi hingga 1 bilion ringgit, tapi kini mengapa Ng Yen Yen membisu seribu bahasa? Mengapa Mashitah tidak tercabut kain lari lintang-pukang seperti larinya Mashitah kepada 'hudud'? Di mana Mahathir, di mana Marina, apa bakal serta HIMPUN jugakah si Marina? Bagaimana dengan Pak Lah. Bagaimana dengan Patriot yang teriak menangis dan bermain air semasa Bersih?  MENGAPA semuanya membisu seribu kata. SOALNYA M.E.N.G.A.P.A??

Kenapa tiada penentangan? Sebabnya sangat mudah. Kerana UMNO ingin melakukannya. Jika UMNO sanggup maka segalanya mudah dilaksanakan. UMNO takut hudud bukan sebab agama tapi sebab takut PAS menang pilihan raya. UMNO nak berhimpun menentang murtad tapi lari sehingga kecil kepala-kepala dik gerun takut tewas dalam pilihan raya. Bukan kerana agama tapi kerana takut nanti rakyat kata UMNO tunduk pada kehendak PAS untuk melaksanakan hudud.

Inilah idealogi politik sempit yang dibawa oleh kerabat UMNO dewasa ini. UMNO kata nak buat maka sebenarnya dia boleh buat, hatta mencabuli institusi raja-raja yang dikatakan sangat kebal setanding dengan kebalnya Perlembagaan Persekutuan, dianya juga dapat diubah dan digubal baru gara-gara UMNO. Tapi jika sesuatu itu menjadi satu polemik yang berbahaya kepada kemenangan UMNO maka dengan segera orang yang belum tentu kalah dalam perbicaraan lagi telah dihukum dulu oleh UMNO. Kesalahan yang tidak terbukti lagi telah meletakkan seorang profesor tergantung dan tidak dapat melaksanakan tugas. Aziz bari telah digantung tugas oleh UIA. Berita yang baru diterima.

Inilah sikap yang tidak menunjukkan sedikitpun kebijakan dalam menentukan arah tuju politik UMNO. Sedangkan jika melibatkan seks dan fitnah serta tuduhan melulu. UMNOlah pelopor utamanya. UMNO akan membela sesiapa yang dirasakan berpihak kepadanya dengan apa cara sekalipun, tapi menentangnya dengan apa cara sekalipun sekiranya tidak berpihak kepada parti UMNO. Simbiosis seperti ini harus dikikis dalam parti pembangkang. Jangan cedok sedikitpun idea ini ke dalam parti pembangkang kerana ini bisa merosakkan perti itu sendiri. Sedarlah rakyat semua....JANGAN PANGKAH BN lagi...!!!


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code