SETELAH mengetahui bahawa tuduhan terhadap anak Lim Guan Eng 'meramas' buah dada pelajar sekelasnya adalah tidak berasas sama sekali, apatah lagi pengakuan tersebut telah dibuat pengetua sekolah berkenaan menyebabkan beberapa pemimpin UMNO tampil menafikan pembabitan parti UMNO dalam skandal yang memalukan ini.
kesian budak ni...UMNO marah bapa anak jadi mangsa |
Menurut blog kendalian Dr MiM (Dari Mat Indon Mali)anak Lim Guan Eng telah meramas buah dada pelajar wanita yang ada kaitan dengan hubungan cinta, kemudian bertindak berselindung di sebalik kuasa bapanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu difahamkan LGE telah membayar pampasan sebanyak RM 200,000 untuk menutup kes tersebut dengan membayar kepada bapa budak tersebut.
Tuduhan ini lagi menyebut, anak LGE mempunyai surat cinta dengan gadis tersebut, akhirnya anak LGE terpaksa dipindahkan dari sekolah itu kerana telah melanggar disiplin sekolah. Tuduhan liar yang direka ini bukan sahaja menyebabkan tekanan kepada anak LGE yang langsung tidak mengetahui perkara tersebut tapi kini menjadi sebaran umum yang menjatuhkan maruahnya. Teruknya perangai pemfitnah ini.
Tindakan pemblog pro-UMNO ini menjadikan isu ini sensasi dan direka dengan terancang semata-mata untuk menjatuhkan martabat LGE dan UMNO begitu terdesak untuk merampas kembali Pulau Pinang dari DAP. Apa yang amat dikesalkan bila perkara fitnah ini dijadikan budaya dalam UMNO, maka ia juga menunjukkan bahawa pucuk pimpinan UMNO sentiasa terlibat dengan gejala fitnah terhadap pembangkang.
Bila perkara ini disahkan sebagai satu fitnah maka tampillah pembela-pembela dalam kalangan pimpinan UMNO menafikan bahawa UMNO terlibat dengan skandal ini. Malah mencadangkan agar LGE menyaman pemblog yang menipu itu. Jika UMNO sering melakukan perkara tersebut iaitu saman dan terus saman, ianya bukanlah menjadi satu topik yang diinginkan oleh pembangkang. Saman bukanlah mendidik mereka yang menyebarkan fitnah ini. Apatah lagi melibatkan satu perundangan dan jangka masa yang lama untuk diselesaikan.
UMNO tidak bijak bila mencadangkan LGE menyaman pemblognya, sebaliknya UMNOlah yang harus mengambil tindakan terhadap mereka, kerana mereka yang bertopengkan UMNO telah menyebarkan fitnah itu. Kerja jahat Khairy Jamaluddin juga ada terlibat dalam mempersendakan dan mengherdik LGE serta anaknya. Adakah ini langkah bijak KJ untuk menjadi seorang pemimpin sedangkan perkara sebegini juga sanggup dijadikan sensasi? Bodohnya tindakan KJ yang terlibat dalam skandal yang tak masuk akal ini.
Penafian beberapa wakil rakyat UMNO bahawa UMNO adalah dalang di sebalik skandal ini, dan UMNO mengatakan itu adalah merupakan pendapat peribadi pemblog tersebut tanpa melibatkan parti UMNO. Lucu sungguh pandangan ini. Mengapa UMNO tidak memaksa pemblognya memohon maaf secara terbuka kepada LGE sebagaimana yang LGE lakukan tempoh hari atas desakan UMNO? [klik sini]
UMNO kini sebuah parti yang 'porno' dan lucah, konsep parti yang suka menuduh pembangkang berkaitan isu seks. Padahal pemimpin MCA komponen UMNO terang-terangan mengentot cina tua, bahkan mengaku pulak tu tidak pula diulas oleh pemblog UMNO. Senyap tipah.
Jadi secara logiknya UMNO patut dijatuhkan kerana tidak lagi membela nasib rakyat dalam bidang ekonomi tapi hanya tahu mengkelebek hal-hal seks dan porno rakyatnya. Maka dengan ini disarankan agar pembaca blog ini sama-sama menyokong kejatuhan UMNO seluruhnya, biar saja UMNO menjadi pembangkang di Malaysia, baru padan muka. Jika sokong klik 'like'. Terima kasih.
0 comments:
Catat Ulasan