Ahad, 25 September 2011

MELAKA: LAS VEGAS MALAYSIA

APA lagi yang mampu dinyatakan oleh pimpinan UMNO Melaka setelah menyedari bahawa aktiviti perjudian haram amat ketara dan dikatakan paling melarat berlaku di Malaysia. Tindakan Ali Rustam melanjutkan tempuh pusat hiburan dan pusat perjudian beroperasi dalam bulan suci umat Islam jelas menunjukka bahawa UMNO gagal mentadbir Melaka dengan berkesan. Sebaliknya UMNO sering menjadikan judi sebagai satu sumber kepada kerajaan negeri, dengan kata lain judi merupakan pendapatan utama negeri Melaka bukan pelancongan.

PAS dakwa judi semakin berleluasa di Melaka

PAS menuntut kerajaan negeri Melaka membanteras kegiatan perjudian di negeri itu yang didakwa semakin melarat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata kegiatan perjudian di negeri itu sebenarnya banyak membabitkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.

“Judi haram di Melaka bukan perkara baru. Antara pusat judi haram terbesar di Melaka ada dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua menteri menjadi wakil rakyatnya.

“Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi?

“Beranikah ketua menteri mengambil tindakan kepada jerung judi haram. Jangan mengejar bilis sahaja,” tulisnya dalam blognya.

NONE
Menurut Adly, isu judi di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ia berakar umbi dan sukar dibanteras.


Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.

Adly berkata pada sidang DUN yang lalu, wakil DAP pernah membangkitkan isu berkenaan sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa 'judi adalah budaya Cina'.

"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar," kata Adly.

Beberapa hari lalu kerajaan Melaka, melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram.

azlan
"Macam kata pepatah Melayu, 'sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai', judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.


"Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram," dedahnya.

Menurut Adly, persoalan sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu.





0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code