SEKALI lagi blog ini ingin mengutarakan persoalan hudud yang digembar-gemburkan oleh UMNO supaya PAS berkecamuk dan huru-hara dalam Pakatan. Perundangan hudud telah ditafsirkan oleh UMNO sebagai hukum-hakam PAS. Manakala agama Islam sebagai agama rasmi juga hanya ditafsirkan oleh rakyat Malaysia keturunan United Malays Nation Organisation hanya sekadar mewakili kaum terbesar di negara ini. Bukan sebab ideologi tapi sebab jamak dan bilangan.
Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno
MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.
Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.
"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.
Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.
Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Baca berita penuh]
Gerakan: Kita bukan negara Islam
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.
"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.
"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.
"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.
Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.
Oleh itu maka terjadilah apa yang tidak diingini dalam persoalan hudud ini di Malaysia. Rupanya selama ini orang bukan Islam masih tidak memahami langsung oleh bukan Islam pasai 'hudud'. Bahkan jika bukan Islam tidak faham tidaklah menjadi masalah kerana mereka tidak diberi kefahaman tentang hudud. Tetapi apa yang dikesalkan ialah jika orang Islam sendiri, terutama Najib sebagai pemimpin tertinggi UMNO dan Mahathir bekas presidennya rupanya selama ini 'tidur' dan tidak pernah berjuang tentang isu yang satu ini.
Para Perdana Menteri UMNO sebelum ini rupa-rupanya tidak mahu mengejar agama tapi hanya sibuk dalam soal mengekalkan parti dan kekuasaannya saja. Manakala soal agama hanya diserahkan kepada wali-wali yang pandai bermain alasan saja seperti kata Najib:
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.
Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.
Tapi tahukah Najib apa itu 'Maqasid Syariah'?
Jangan tahu bercakap saja tapi tidak tahu maksudnya sekalipun, jangan pula ditafsir sebagai hudud maudud al mahbud...
Maksud serta objektif Maqasid Syariah ini adalah sebagaimana berikut: Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN
Allah mencipta sesuatu itu ada tujuan dan hikmahnya. Mustahil bagi Allah menjadikan suatu perkara itu tanpa arah tujuan dan matlamatnya. Penciptaan Allah adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Untuk memahami hakikat ini, Allah SWT memerintahkan manusia agar bertadabbur dan bertafakur melihat
hikmah di sebalik segala yang diciptakan.
Allah SWT mencipta manusia dengan tujuan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya. (Hud: 61)
Bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, Allah SWT menurunkan syariatnya yang wajib dipatuhi. Memang diakui dalam kalangan ulama bahawa terdapat tujuan di sebalik setiap pensyariatan.
Dan seperti yang dinyatakan di atas ada yang dapat difahami secara jelas dan ada yang menjadi rahsia Allah. Tujuan atau matlamat ini disebut sebagai maqasid. Maqasid syariah adalah tujuan-tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya.
Sesungguhnya Allah SWT apabila mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan. Sesiapa yang tidak mengamalkannya maka orang itu akan berdosa dan sudah tentu jika banyak dosa ada pula hukumannya, jika tidak nampak di dunia maka jelas balasannya nanti di akhirat. Najib mesti tahu ini.
Kata-kata Najib ini seolah-olah tidak memahami maksud muqasid itu sendiri, setiap hukum yang disyriatkan itu ada hikmahnya, bukan main taram ikut sedap mulut saja. Jangan pula bila tiba bab hudud pelbagai faktor kemasyarakatan dan faktor sosioekonomi diambil kira, tapi bila bab zakat, bab keduniaan semata-mata. Perkara seperti ini dilupakan dan tidak diambil kira.
UMNO pemegang watak Pak Kaduk yang berjaya MENGGADAIKAN AGAMA DEMI MEMELIHARA puak-puak yang menyokongnya untuk mengekalkan kuasa penjajahan ke atas Malaysia. Najib tolak hudud bukan sebab Muqasid tapi sebab takut kehilangan kuasa ditangannya. Andai BN benar-benar kalah dalam PRU-13 nanti maka Najiblah yang bakal dipersalahkan oleh BN. Selain itu Najiblah PM terakhir BN, maka sudah tentu sejarah moden akan mencatatkan sebagai Najib seorang pemimpin yang lemah dan suka bermewah-mewah, melupakan rakyat dan mementingkan kroni serta nepotisme. Inilah satu-satunya yang menyebabkan Najib gerun dan takut pada MCA dan MIC.
Pak Kaduk zaman moden sanggup menggadai bukan sahaja negara tapi sanggup menggadai maruah diri yang beragama Islam.
0 comments:
Catat Ulasan