Benarlah kata orang yang kurang ilmu agama, hudud ini sangat kejam kerana semua orang tak ada tangan, tak ada kaki dan sebagainya. Tapi satu hal yang mesti Mashitah dan Mahathir ingat bahawa bukan semua orang mencuri, bukan semua orang suka berzina. Orang yang kena hukum adalah orang yang benar-benar berbuat salah. Bila terhukum maka dapatlah dijadikan pengajaran kepada si pelaku dan orang lain agar perbuatan itu tidak berulang. Lebih baik hilang tangan dipotong akibat mencuri dari hilang tangan kerana bermain mercun.
Pada sesi akhir setiap musim pilihan raya dan bila sampai edahnya, pada ketika ini lahirlah hudud menjadi agenda sensasi dan gergasi kepada UMNO untuk dipolitikkan. Dihebahkan. Dilaungkan. Disalak. Digomor. Digocoh. Dicocoh. Dilenyek. Dirogol dan sebagainya. Bagi UMNO, ini adalah satu kelemahan ketara parti PAS, kerana UMNO meramal dalam banyak kalangan PAS hanya segelintir sahaja yang inginkan hudud manakala pengundi atas pagar langsung tidak mahu menyokong hudud, apatah lagi DAP sebagai parti komponen PR- ini pada pandangan UMNO. Justru, pesanan Mahathir buat anak cucu UMNOnya cuma satu. Ulangi isu hudud. Ulangi isu hudud.Ulangi isu hudud.Pasti DAP, dan PKR panas bontot. Demam yang tidak kebah. Tambah pula bila dijolok isu ini kepada Nik Aziz. Habis cerita.
Bila hudud dimomokkan dan dikeronyok oleh UMNO maka geng-geng bukan Islam tanpa mengira parti sekali lagi bangun membantah dan menyelar hudud ini. Mereka mula menuding jari menyalahkan PAS. PAS. PAS dan PAS...Namun PAS yang mula menjadi panas baran sanggup melayan karenah UMNO ini demi menjaga martabat dan isu pokok perjuangan parti sejak turun temurun lagi. Sepatutnya secara signifikan kepada parti PAS, PAS tidak perlu melayan isu yang bakal dimainkan dalam sesi-sesi ceramah UMNO pada pilihan raya ini yang akan berterusan sampai hari kiamat pun UMNO tetap menggunakan isu ini sebagai satu senjata yang kuat menghancurkan kesepakatan PAKATAN.
Bagi yang tidak suka kepada agama, tidak cinta kepada agama seperti Mahathir, Mashitah Ibrahim, Najib, Muhyiddin, Ibrahim Ali dan gerombolan yang menentang hukum Allah ini, mereka sekeras-kerasnya mahu menentang hukum hudud dan meletakkan isu ini ke atas PAS sahaja untuk memikulnya. Manakala bagi PAS yang sekian lama berjuang menghidupkan hudud sering kali ditindas oleh Barisan Nasional.
Pendirian PAS dalam soal negara berkebajikan seperti dipandang sepi oleh UMNO. Tapi, bila tiba masanya UMNO akan mencurahkan minyak ke dalam bara. Berulang kali menyebarkan kegagalan PAS untuk melaksanakan hudud. Bukan PAS tidak mahu, bukan tidak sudi. Tapi orang Islam yang tidak Hadhari dalam UMNOlah yang menjadikan isu hudud ini semakin kompleks dan rumit untuk diperkatakan dan dilaksanakan.
Jika UMNO sering mengajak PAS untuk bersatu, dan PAS sudi berbuat demikian, nescaya hukum hudud ini masih tidak dilaksanakan kerana terdapat masalah dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak mungkin diubah oleh sesiapapun di Malaysia ini. Padahal ini adalah alasan UMNO saja. Semalan Prof. undang-undang Aziz Bari telah menjelaskan, tiada halangan diperingkat Perlembagaan [klik sini]. UMNO yang penakut dalam soal ini, bukannya PAS yang gagal. UMNO takut bukan kerana apa tapi kerana takut 13 Mei berulang kembali. Itu saja yang UMNO sangat takuti. Lain tak ada. UMNO takut huru-hara, UMNO takut tercetus pembunuhan beramai-ramai, UMNO takut keamanan tergugat, UMNO takut macam-macam. UMNO takut kepada rakyatnya yang bukan Melayu. UMNO gerun menegakkan hukum Allah, UMNO tidak bersedia melaksanakannya kerana Soi Lek sudah ugut untuk keluar BN. UMNO takut pada diri sendiri, takut pada bayang-bayang sendiri. Inilah yang UMNO takuti sebenarnya.
UMNO memainkan isu hudud hanya untuk memecah-belahkan Pakatan dengan melaga-lagakan Karpal dengan Nik Aziz. Bukan soal agama yang diamainkan, bukan soal ini. Tapi soal kesepakatan yang kelihatan semakin ampuh dalam kalangan PAKATAN, UMNO bimbang, risau dan kelam-kabut bila PAKATAN lebih kuat dari BN. Justru inilah UMNO mula mencetuskan polemik yang dibenci Karpal dan gerombolan DAP. Apakah Karpal tidak sedar bahawa jika Nik Aziz ingin melaksanakan hudud sebagai satu perundangan di Kelantan, DAP tidak perlu campur tangan dalam soal ini kerana DAP tidak ada kerusi di Kelantan. Anwar Ibrahim merestui jika Kelantan ingin melaksanakan hudud kerana beliau memahami geografi politik di Kelantan.
Usah berkokok soal hududlah wahai UMNO. Selagi aktiviti agama yang diprogramkan oleh UMNO tidak memberi kesedaran kepada rakyat berkaitan hudud maka selagi itulah rakyat tidak memahaminya. Masalah DAP tidak mahu menerima hudud sekadar satu sebab yang tidak serius, sebaliknya UMNO sendiri menolaknya. Barisan kepimpinan UMNO termasuk para agamawan UMNO semuanya menolak hudud kerana pada anggapan mereka hudud sudah telalu 'kolot' untuk diamalkan. Terlalu kejam, zalim dan sebagainya, alasan utamanya ialah Malaysia mempunyai kaum yang berbilang bangsa. Walhal. ini alasan lama wahai Muhyiddin. Muhyiddin yang menyelar perlaksanaan hudud kerana konon Malaysia belum bersedia. Persoalannya, bilakah Malaysia baru bersedia? Sampai bila? Sedangkan hukuman gantung bagi pengedar, penyimpan dan pengguna dadah yang direstui oleh Mahathir adalah satu bentuk hukuman yang moden, tidak kejam dan wajar boleh pula rakyat dan UMNO menerimanya, nampaknya UMNO lebih bertuhankan Mahathir berbanding Allah?
Inilah masalahnya jika negara merdeka tampa perang sudi menerima kedatangan migran dan menjadikannya warganegara kemudian mereka nampaknya lebih berkuasa dari orang tempatan untuk menidakkan segala milik bumiputera. Namun sipakah 'dalang' di sebalik ini semua? Siapa? Nilai kemerdekaan yang tidak dipupuk dengan kuasa 'veto' bagi bumiputera nampaknya menjadikan UMNO semakin takut bersuara demi Islam. UMNO bungkam! Malah berbangga jika hudud ini tidak wujud dalam sebagai satu bentuk perundangan dalam Islam. UMNO sering mengutuk hudud, mencaci dan menghina hudud. Jika tidak masakan dapat hudud ditinggalkan.
UMNO masih belum sempurna akidahnya jika tidak melaksanakan hudud. Sebagai sebuah kerajaan yang membentuk negara. UMNO lebih bertanggungjawab dalam soal ini. UMNO wajib dipersalahkan dalam bab ini, bukan parti lain. Suara UMNO yang lebih gagah harus ditukar ke arah menegakkan hukum Allah bukan mencari kemewahan hidup untuk diri sendiri sahaja tapi ruang untuk ke akhirat harus menjadi pokok dan landasan jika UMNO juga sebuah parti Melayu yang Islam. Kerana menurut perlembagaan setiap Melayu yang dilahirkan secara otomatisnya beragama Islam. Tapi tak tahulah pula mungkin satu hari nanti UMNO akan mengubah perlembagaan menyatakan bahawa orang Melayu yang bakal dilahirkan nanti tiada beragama. Sebab UMNO bukan sebuah parti agama. Meninggalkan agama jauh di belakang dan mengamalkan sekularisme bagai sang Kamal Artatuk.
UMNO tidak harus memperlekehkan usaha PAS untuk melaksanakan hudud. Sama sekali tidak kena jika berbuat begitu. Sepatutnya jika UMNO juga ikhlas sejak zaman Mahathir lagi Kelantan sudah lama melaksanakan hudud. Masa itu DAP juga bukan komponen kepada PAKATAN malah tidak wujud lagi. Tapi sebab Mahathir telah menolak dan menghalangnya, ini pengakuan ikhlas Mahathir sendiri. Jadi Mahathirlah orang yang bertanggungjawab memikul 'dosa' rakyat yang melakukan kesalahan. Apakah jika masa itu Mahathir bersetuju, mangsa pertama perlaksanaan hudud ini adalah Anwar Ibrahim kerana dituduh oleh UMNO sebagai peliwat? Bukankah UMNO lebih untung dalam bab ini. Maka sebab itu Mahathir mula bersetuju dengan hudud adalah mungkin bersebabkan untuk menghukum Anwar Ibrahim dengan kaedah hudud - maklumlah saksi pun dah ramai, walaupun saksi itu adalah pembohong dan pendusta.
Kesimpulannya, isu hudud yang dilaungkan UMNO bukan sahaja untuk menjadikan agama sebagai sasaran UMNO tapi kenyataan Mahathir itu adalah lebih bersifat memecah-belahkan PAKATAN. Itu sahaja!
0 comments:
Catat Ulasan