Namun apapun telahan yang dianggapkan oleh Zulkulum ini telah mengundang respon dari Hasan selaku terkena 'current'. namun antara serba salah dan mungkin sikap 'panas'nya dalam menghadapi situasi seperti ini, sepatutnya Hasan hanya membuat satu kenyataan yang bukan merujuk kepada kepentingan diri sendiri sahaja. Perjuangan sebagai 'SuperIslam' oleh Hasan sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada parti seluruhnya. Mengapa Hasan menggunakan podium Utusan untuk melampiaskan pembelaan kebenaran bagi dirinya?[lihat juga]
Manakala Zulkifli Noordin yang memang lama menantikan saat ini, mula mencari dan menjejak peluang agar Hasan Ali menjadi mangsa yang berikutnya, dan mungkin akan menjadi seperti rakan sepasukan Perkasa. Inilah harapan Zulkulum sebenarnya. Dengan menggunakan portal yang menjadi musuh utama kepada parti Hasan, yang selayaknya Hasan tidak boleh mengheret dirinya ke tali gantung untuk membunuh karier politik sendiri, demi publisiti yang Hasan sendiri cipta.
Pendirian yang diambil Hasan sebagai sanggup 'dipecat' oleh parti sendiri sekali lagi menjerumuskan Hasan dengan lukah-lukah Utusan dan Zulkulum untuk menjadikan ruang kerekahan ini semakin besar sekali gus menjadi tapak buat musuh kembali merampas Selangor dengan igauan yang ngeri.
Jika Hasan merasakan segala yang dilakukannya adalah kerana ketegasannya yang jelas tidak berkompromi dalam soal agama, tanpa memikirkan kedudukannya sebagai orang politik, sebenarnya Hasan silap! Sama sekali silap. Bukankah Hasan sedar betapa ramainya orang yang telah tewas dalam percubaan berjuang secara sendirian!
Pepatah klasik mengatakan: "kokohnya agama kerana kokohnya parti tapi sebaliknya kokohnya parti bukan kerana kokohnya agama".
Memahami prinsip ini akan dapat memberi sedikit ruang kepada Hasan agar mengetahui apakah tujuan Utusan dan Zulkifli Noordin berbuat demikian. Mengapa begitu mudah pula Hasan melepaskan begitu banyak peluang yang diperoleh sebelum ini hanya ingin dipuja dengan gelaran seorang 'hero gereja'.
Sepatutnya perkara begini tidak perlu dinyatakan sendiri oleh Hasan untuk menunjukkan 'keberaniannya'. Paling wajar biarlah Hasan sabar menunggu dahulu apa kata barisan tertinggi parti yang diwakili Hasan, itu lebih baik. Langkah Hasan membuat kenyataan di atas podium musuh seperti 'utusan' samalah seperti Hasan berak di atas kepala Hj Hadi selaku presiden parti.
Keadaan ini tidak membawa penyelesaian dalaman parti yang kian terserlah kehebatannya untuk mengekalkan kuasa di Selangor andai tiada goncangan yang meranapkan impian tersebut sebagaimana yang dilakukan Hasan sebelum ini. Hasan harus menerima seadanya keadaan ini dan diharapkan pucuk pimpinan parti akan membuat satu keputusan yang tidak merugikan bagi parti dan seterusnya bagi Hasan sendiri.
Keadaan ini tidak membawa penyelesaian dalaman parti yang kian terserlah kehebatannya untuk mengekalkan kuasa di Selangor andai tiada goncangan yang meranapkan impian tersebut sebagaimana yang dilakukan Hasan sebelum ini. Hasan harus menerima seadanya keadaan ini dan diharapkan pucuk pimpinan parti akan membuat satu keputusan yang tidak merugikan bagi parti dan seterusnya bagi Hasan sendiri.
Source: http://www.utusan.com.
0 comments:
Catat Ulasan