Semalam peniaga Bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga berpatutan atau berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe.
Hari ini PPNT rayu kerajaan kawal harga anak ayam dan harga makanan ayam
KUALA TERENGGANU: Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) hari ini merayu kerajaan supaya mengawal harga anak ayam dan harga makanan ayam dari terus meningkat.
Ahli Jawatankuasa PPNT Shamsuddin Wahab berkata ini kerana kenaikan harga anak ayam dan juga harga makanan ayam memberi kesan kepada penternak, lebih-lebih lagi penternak kecil. "Ini belum lagi risiko ayam mati, ayam kena penyakit dan sebagainya yang harus ditanggung oleh penternak," katanya kepada Bernama. Shamsuddin berkata harga anak ayam sekarang ini meningkat kepada RM2.40 seekor berbanding RM1.40 seekor sebelum ini sementara makanan ayam pula daripada RM70 naik kepada RM80 satu kampit. Beliau berkata sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan, penternak-penternak di Terengganu meningkatkan kemasukan ayam ke ladang-ladang lebih dari biasa.[lihat juga]
Ahad, 7 Ogos 2011
KERAJAAN MALAYSIA WAJAR DIPERSALAHKAN KERANA MENAIKKAN HARGA BARANG
Source: http://www.hmetro.com.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan