Ahad, 7 Ogos 2011

MENYANGGAH SANGGAH TOK JANGGUT

Keratan dari blog STJ
Tuduhan liar dan tohmahan yang menghasut SKMM supaya mengenakan tindakan ke atas 2 portal yang condong ke arah pembangkang oleh Sanggah Tok Janggut (STJ) langsung tidak berasas dan harus disanggah oleh pemilik portal terbabit.

STJ tidak pernahkah terfikir bahawa selama ini media arus perdana yang jelas berpihak kepada kerajaan dan meracuni pemikiran rakyat Malaysia dengan ideologi yang lebih komunis dari komunis Chin Peng sudah lebih setengah abad, tidak pun menjadi satu ancaman kepada negara. Apa saudara STJ sangat terasa pedasnya bila ulasan-ulasan dan berita yang disampaikan oleh kedua portal iaitu Malaysiakini dan Malaysianinsider lebih majmuk dan adil kepada rakyat, malah lebih tepat berbanding media yang disokong saudara STJ?

Nampaknya saudara STJ tanpa segan silu malah malu kepada diri sendiri, apatah lagi terhadap orang lain bila mengatakan bahawa corak pemberitaan yang dibawa oleh portal itu 'gila' dan tidak berasas. Mengapa penulisan dan idea dangkal yang saudara paparkan di sini, saudara juga tidak selitkan dengan bukti yang konkrit, manakah berita yang dikatakan palsu dan bercorak 'gila' itu? Saudara juga main hentam tanpa bukti sebagaimana pemberitaan dalam arus media yang saudara anuti. Apakah portal rasmi yang saudara puja seperti Utusan, Berita Harian, The Star dan sebagainya yang pro-kerajaan menggambarkan kejujuran dalam pemberitaannya? Saudara juga boleh nilai sendiri.

Antara yang paling meluat dalam tulisan saudara ialah saudara mengatakan kedua portal ini menghasut dan melanggar prinsip perlembagaan Persekutuan. Lucu sungguh pandangan yang sangat dangkal saudara kemukakan, bagai orang yang tamat darjah tiga suku sekolah atap zaman P.Ramlee saja lagaknya pemikiran anda. Bukan niat merendahkan kelayakan anda tapi ini adalah fakta yang semua pembaca tahu siapa yang pernah melanggar hak-hak dan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan. Siapa sebenarnya? Siapakah yang dulu melarang hak-hak berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan? Siapa? Jangan pila saudara campur adukkan bahawa perhimpunan yang ditakrifkan haram oleh kerajaan saudara itu adalah bukan hak rakyat yang jelas termaktub dalam perlembagaan? Jika tidak mengapa kerajaan saudara tidak mendakwa mereka dengan dakwaan yang serius? Mengapa?

Saudara lebih arif lagi, rasanya pemimpin mana yang selalu berjanji tapi tidak menunaikan janji sehingga mewujudkan huru-hara lalu siapa yang menuduh siapa dalam soal ini? Rasanya secara koheren dan kohisi saudara tahu apa yang portal rasmi saudara laporkan dengan apa yang sebenarnya berlaku? Kalau saudara tahu tapi buat-buat tak tahu itu bukan masalah rakyat. Itu masalah saudara. Saudara juga mengatakan 2 portal ini langsung tidak memenuhi kendak pembaca lebih 23 juta rakyat Malaysia, benar ini tidak berlaku. Tapi begitu jugalah dengan portal yang saudara percaya dan sayangi, adakah dia juga menunjukkan aspirasi seluruh penduduk Malaysia? Tidak juga bukan?

Jadi konsep yang cuba saudara perhangatkan sekarang ialah mengharamkan kedua-dua portal tersebut? Begitu maksud saudara? Adilkah demikian? Adillah pada pandangan saudara dan penyokong-penyokong saudara. Itulah yang saudara cita-citakan bukan?
Saudara STJ,

Benarkah saudara mengatakan bahawa kedua portal ini meniup api kebencian dan mempertaruhkan negara bangsa demi mengisi tembolok dan meruntuhkan negara?

Benarkah saudara mengatakan portal ini selalu memutarbelitkan kenyataan? Benarkah saudara berkata demikian?

Jika benar, adalah lebih baik saudara bermuhasabah dan mentajridkan pemikiran anda dan pengikut anda agar lebih terbuka dan relevan dengan keadaan masa. Pintu taubat masih luas terbuka buat anda, cuma mungkin cahaya hidayat saja telah tertutup oleh maksiat dan kejahatan pemimpin-pemimpin saudara buat dan bersekongkol dengan orang-orang seperti saudara?

Adakah saudara tidak merasakan sesuatu kekurangan di Malaysia ini yang masih jauh boleh ditambahbaikkan untuk kemajuan dalam berbagai bidang, seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apa saudara tak merasakankah bahawa pemimpin saudara begitu kuat membaham kemewahan hidup hasil wang rakyat untuk perut pedal mereka?

Apa saudara tidak terfikirkah, apa pemimpin-pemimpin saudara dapat berbanding apa yang rakyat dapat? Sama ratakah dia? Jika tidak sama rata. Bandingkan beza atau nisbah pemimpin saudara dapat dengan rakyat dapat? Jauh saudara! Terlalu jauh!

Rakyat disuruh bercermat, tapi pemimpin saudara habis dunia dia pusing, bukan untuk kepentingan negara tapi untuk kepentingan perkahwinan anak cucu. Apa ini masih tidak membuktikan lagi buat saudara akan keselingkuhan yang sedikit ini dibuktikan dari berjuta kecurangan yang pemimpin saudara lakukan?

Saudara tengok kemewahan dan harta benda dalam kalangan pemimpin saudara berbanding pemimpin di sebelah sana, apa yang saudara gambarkan- rumah, kereta, harta benda. Mana lebih kaya? Mana lebih mewah? Jangan pula saudara fikir jika lepas ini pembangkang ambil alih maka perkara demikian akan berlaku atau mungkin pada fikiran saudara lebih teruk lagi? Jangan berfikir demikian dulu, jangan. Sebab ini belum terbukti!

Saudara boleh nilai sendiri mungkin saudara tidak melihat contoh yang ada di depan mata saudara. Meskipun dicerca, maki, hamun, dituduh korap dan gagal. Tapi setelah 20 tahun mentadbir saudara boleh chek, periksa di mana-mana pejabat tanah, atau mana-mana bank, atau mana-mana kedai emas atau 'permata'. Apa sangat yang ada pada seorang Menteri Besar Kelantan iaitu TG Nik Aziz? Apa yang dia ada? berbanding dengan MB yang seangkatannya dengannya seperti Ghani Othman, Adnan Yaakub, Muhammad Muhd Taib, Taib Mahmud, dan saudara kembar kepada saudara sendiri iaitu Khir Toyo, Muhammad Hasan, Ali Rustam (bos karaoke) dan sebagainya jika yang lebih tinggi sedikit pangkatnya seperti PM Malaysia, saudara boleh nilai sendiri, apa yang mereka miliki setelah menjawat jawatan tersebut. Apa? Anak-pinaknya apa ada?

Saudara check and balancelah sendiri, kesedaran tentang keberadaan pak-pak menteri saudara ini bukan sahaja diambil dari portal yang didakwa saudara sebagai memutarbelitkan berita, tapi banyak dicedok dari akhbar yang saudara sendiri puja dengan sepenuh hati, ibarat kalau surat khabar itu sejenis makanan, rasanya nescaya saudara melahapnya sehingga jika dibuat sapu najis sekalipun saudara sanggup menjilatnya lagi.

Kesedaran semangat patriotik yang ditunjukkan oleh generasi kini bukan lagi terkongkong hanya denga 2 buah portal itu saja...Dunia kini sudah tiada sempadannya, sudah tiada pakaian dalamnya. Lantaran itu pembaca dan rakyat zaman ini sudah tahu menilai sendiri pilihan mereka. Bukan hanya terpengaruh dengan bahan bacaan yang disalurkan oleh portal-portal pencacai kerajaan saja untuk dinilai.

Biarlah rakyat yang menentukan portal manakah yang sesuai dengan jiwa dan raga mereka, samalah juga jika saudara ingin melihat sesawang lucah saudara boleh pilih untuk berbuat demikian, sebaliknya jika saudara tidak mahu. Itu tidak menjadi kudis gatal buat saudara bukan?

Sebagai penutup bicara, usahlah saudara dan konco-konco saudara beranggapan dengan menyekat beberapa portal anti kerajaan, maka saudara boleh memindahkan sokongan rakyat 100 peratus menyokong kepimpinan kerajaan saudara? Tidak saudara. Tidak sama sekali!

Apa yang penting, bukan menentang sesiapa yang memerintah tetapi menentang sesiapa yang menindas rakyatnya dengan berbagai penipuan dan kezaliman, menyusun sistem ekonomi yang lebih berpusatkan rakyat, bukan berpusatkan pemimpin. Mudah bukan? Saudara STJ....Hang pikiaqlah sendiri???



Source: http://www.klpos.com/

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code