Rendahnya maruah dan martabat UMNO dalam isu menjatuhkan Anwar ini. Peluang mencari 'ayam tua' yang masih berkokok menentang UMNO dalam kandang BN sepatutnya disembelih saja. Inilah polisi yang digunakan oleh UMNO selama ini, barang yang pernah dibuang tidak mungkin mendapat keistimewaan apa pun jika kembali kepangkuan. Hakikat ini masih tidak boleh dilupakan oleh Zahrain dan Brahim Ali sendiri yang bergiat mencari secebis tanah untuk bertapak semula dalam UMNO. Sanggup melemparkan ayam tua seperti Ku Li yang dulu juga pernah merajuk dalam UMNO dan kalah bertanding menentang Mahathir yang menggunakan kuasa 'wang' untuk menang pilihan raya presiden waktu itu.
Ku Li yang hanya menggunakan air liur yang jujur dan tidak berkahak tidak mampu menentang Mahathir yang belot sehingga sekarang, Mahathir yang menangis kerana sayangkan jawatan PM terpaksa berlakon melepaskan jawatan untuk menguji sejauh mana barua masih mengikutinya. Lakonan Mahathir itu sangat hebat pada dirinya dan kaumnya sahaja. Helahnya ialah dia masih bertahan sehingga melepaskan jawatan kepada Pak Lah dengan 'licin' walau hati berat dan legasi Pak Lah berakhir dengan kebencian Mahathir. Mahathir yang masih menjadi PM bayangan sehingga kini, sekali lagi menasihati Najib supaya berjumpa Pope untuk memulihkan imej yang telah tercemar.
Idea yang dikemukakan Zahrain juga telah mendapat restu Mahathir terlebih dahulu untuk menahan musuh lamanya dari terus membantai UMNO dari dalam UMNO sendiri. Lebih baik dilemparkan sahaja orang sebegini dalam 'tong' sampah pembangkang.
Sabtu, 6 Ogos 2011
UMNO SANGGUP KORBANKAN KU LI DEMI ANWAR IBRAHIM 1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan