Sabtu, 6 Ogos 2011

Polis: Wanita mangsa kerat di Ampang warganegara asing

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan mayat wanita yang ditemui dikerat di sebuah apartmen di Ampang, Rabu lalu adalah warganegara asing.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata pengesahan itu berdasarkan analisis cap jari mayat terbabit.

Bagaimanapun, negara asal mangsa masih belum dikenal pasti, katanya ketika dihubungi, di sini.

"Polis masih mendapatkan maklumat lanjut berhubung pekerjaan serta tempoh jangka masa mangsa berada di sini," katanya.

Mengenai mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui bersama keratan mayat wanita itu, Amiruddin berkata pihaknya kini menunggu laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan saman ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.

Rabu lalu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun. -BERNAMA


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code