Sabtu, 6 Ogos 2011

SUDAHLAH UMNO, JANGAN MIMPI NAK RAMPAS SELANGOR!!!

Rakyat Selangor kini selesa dengan kerajaan negeri yang mentadbir Selangor, mengapa pula begitu teringin sangat untuk mengambil alih Selangor? Apakah tujuannya? Sedangkan rakyat di Selangor keadaan tarif air dan sebagainya jauh lebih baik berbanding dengan UMNO, isu kebejatan sosial dan rasuah yang melibatkan MB sendiri tak putus-putus di Selangor bermula menteri besar Muhammad bin Haji Muhammad Taib lagi.

Jika rakyat yang masih memilih UMNO sebagai akan muncul satu tokoh lagi yang makan suap di Selangor, jangan terpedaya dengan isu yang dibangkitkan oleh UMNO.

UMNO kini semakin terdesak dan tiada modal untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat, satu-satunya jalan yang memberi peluang kepada mereka ialah dengan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Sebab itu mereka cuba untuk melaga-lagakan Ku Li dengan Anwar Ibrahim, kerana bagi mereka hanya Anwar sahajalah merupakan tembok dan penghalang mereka. Idea bodoh ini nampaknya tidak berhenti sehingga rencana ini ditulis sekalipun ianya masih berkait dengan isu Ku Li anti Anwar [klik sini].

UMNO sanggup menyembelih Ku Li untuk mencapai hasrat mereka. Dia sanggup meletakkan Ku Li seumpama 'ayam pencen' yang sudah tidak bertelur, dia sanggup mengorbankan Ku Li, jika dulu sewaktu PRK di Galas, UMNO tidak percaya kepada pengerusi perhubungan UMNO Kelantan iaitu Mustafa Mohamad dan sanggup memilih Ku Li sebagai urusetianya. Kini dia sanggup 'korbankan Ku Li demi Anwar. Hanya inilah caranya yang masih dapat mengekalkan kuasa mereka, satu lagi cara iaitu menipu senarai pemilih tapi telah ditentang hebat oleh Bersih 2.0 menyebabkan berlaku sedikit kekenduran. Peluang untuk UMNO memerintah Selangor tidak perlu dipersoalkan. Biar pengundi yang menentukan.

Lagipun kesedaran tinggi oleh rakyat berkaitan apa yang UMNO buat di Selangor setelah lama memerintah, berbanding dengan pembangunan yang dibuat oleh Pakatan yang hanya baru memegang tampuk pentadbiran negeri? Apa tujuan UMNO merampas ketenangan rakyat dengan ingin mentadbir, sedangkan terlalu banyak keselingkuhan dan keserakahan yang dilakukan UMNO dulu, kini dan selamanya

PRU-13: Umno dakwa BN boleh menang besar di Selangor

KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun.

Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang.

Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.

“Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor,” kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu.

Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

“Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

“Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia),” kata beliau dengan senyuman.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.

Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai “kawasan hitam”, yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.

Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan.

Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi “kawasan hitam” tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi.

Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.

Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno.

The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu.

Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu.

Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC.

Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.

“Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas,” katanya lagi.

Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code