Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad (Ayah Pin), 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.
Melihat kepada senario perpecahan yang melanda UMNO di Terengganu, UMNO bawah Pak Said terpaksa mengambil Tuhan kerajaan langit untuk mengukuhkan kedudukannya di sana.
Lagipun cita-cita Ayah Pin untuk membantu kerajaan Malaysia mencapai 2020, sebab itu polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tertutup mulutnya dan kelu lidahnya kerana Ayah Pin masih bebas. Uthman El Muhammady menyifatkan Ayah Pin seorang yang baik dan selamat, hanya Wahabi sahaja yang salah dan harus diambil tindakan terhadap mereka kerana cuba menyemai ciri-ciri terorisme dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Bukan Islam sahaja.
Menurut berita terbaru yang Pakdoe dengar dari penduduk Hulu Besut iaitu kawasan Idris Jusoh yang tidak sebulu dengan Pak Said. Oleh itu menggunakan Ayah Pin sebagai proksi memberi kelebihan kepada Pak Said.
Ayah Pin adalah mangsa keganasan dan halangan untuk mengamal hak-hak kebebasan manusia sejagat di Malaysia, tetapi itu adalah hakikat dan nasib malang Ayah Pin kerana dilahirkan sebagai Melayu. Melayu yang ditakrifkan sebagai Islam telah mengundang Ayah Pin dan kerajaannya digulingkan kerajaan Malaysia.
Orang-orang seperti Ayah Pin telah dianggap sebagai penjenayah agama Islam hanya semata-mata Ayah Pin berasal dari agama Islam? Tetapi menurut saksi dan penjelasan polis dan pegawai agama, Ayah Pin tidak perlu ditangkap kerana dia tidak mengancam negara, dia tidak menghasut pengikutnya supaya keluar dari agama mereka sebaliknya mesti terus kekal dalam agama masing-masing.
Ayah Pin adalah sebagai duta yang mewakili berbagai kebudayaan dan agama di dunia, duta semua agama dunia inilah yang akan berjumpa dilangit berbincang dengan duta-duta agama dahari planet lain.(gamaknyalah)
Ayah Pin tidak pernah buruk sangka kepada agama lain sebaliknya semua agama Ayap Pin anggap benar mengikut tafsiran penganutnya. Inilah Ayah Pin.
Pengakuan dan saksi kehebatan Ayah Pin telah banyak dimusnahkan. Namun jin-jin peliharaan Ayah Pin masih merayau-rayau di hulu Besut mencari tuan untuk menjaganya.
Pak Said kata dia sanggup jaga demi kepentingan UMNO di Terengganu. Tak lama lagi Ayah Pin akan muncul di sana kerana ingin memberi petua kepada Pak Said bgmn untuk mendapatkan kemenangan pada PRU nanti.
Sabtu, 6 Ogos 2011
PAK SAID AKAN GUNAKAN AYAH PIN SEBAGAI AGEN BERKEMPEN DI TERENGGANU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan