Pembangkang Selangor (UMNO MASHITAH MISMAH) mesti bertindak lebih aktif lagi bagi membantu golongan 'termurtad' terutama dalam aspek kebajikan dan bantuan sara hidup. Akibat kenaikan harga barang yang dibuat sendiri oleh pembangkang di Selangor. Teknik menaikkan harga kemudian memberi pelbagai bantuan kepada golongan sasar ini sebagai satu 'helah' lama parti tua ini. Namun demi untuk bangkit semula berbagai kaedah mesti dilaksanakan segera.
Pembangkang harus sedar bahawa dengan sekadar memperlekehkan parti yang kuat seperti Pakatan tidak mungkin begitu mudah UMNO MASHITAH MISMAH mampu bertampuk lagi di Selangor, meski apa isu sekalipun yang di bawa pembangkang, tidak mungkin PR akan tumbang kerana asasnya begitu kuat di sana. Selain isu gereja, isu memujuk Dr Hasan berpaling tadah, namun matlamatnya paling kuat agar Dr Hasan bertanding atas tiket Bebas. Itu saja matlamat UMNO MASHITAH MISMAH ini.
Namun jika idea begini tidak diiringi dengan bantuan kewangan, terutama para pengundi yang susah maka semakin sukarlah mimpi pembangkang untuk merampas semula Selangor. Sepatutnya peluang bagi membantu golongan miskin ini sudah lama digerakkan oleh UMNO MASHITAH MISMAH ini, bukan baru timbul isu gereja ingin membaptiskan Melayu, baru pulalah sibuk menongkah arus mencari siapa yang layak.
Kaedah mengambil hati dengan bantuan kewangan sebagaimana yang gereja buat untuk mengkristiankan Melayu mungkin berkesan diamalkan oleh UMNO MASHITAH MISMAH ini, model gereja ini harus menjadi satu sukatan dalam mentarbiyahkan pengundi untuk menyokong UMNO MASHITAH MISMAH seterusnya BN. Pedagogi gereja ini harus dipraktikkan dengan lebih tekun dan progresif oleh UMNO MASHITAH MISMAH. Sekurang-kurangnya dapat membantu kerajaan Selangor menangani isu ini. Bukankah UMNO MASHITAH MISMAH banyak sumber kewangannya dari pelbagai aktiviti 'haram' yang disokongnya, seperti judi, pelacuran dan pusat hiburan yang dilanjutkan masa operasi terutama di musim-musim Ramadhan yang mulia ini? Jadi memang berpatutan sekali andai gereja sebagai penyangak memurtadkan Melayu yang sengkek, dan UMNO MASHITAH MISMAH pula penyamun wang haram kemudian diagihkan menjadi satu bentuk bantuan untuk mengail dan memancing golongan yang hampir murtad ini supaya menyokong regim BN.
Bukankah kerjasama kedua team ini nampak begitu mesra sekali? Satu team memurtadkan Melayu, satu team menyogok bantuan dengan wang haram agar menambah bilangan pengundi, akhirnya bila digabungkan keduanya akan muncul pula satu team yang diwarganegarakan, dimelayukan agar memberi keistimewaan yang sama kepada golongan ini. Siapa yang menjadi mangsa: Bukan PAS, bukan PKR, bukan DAP tapi MCA dan MIC. Inilah yang menjadi mangsa kepada segala ini. Mereka akan terus tertindas oleh UMNO MASHITAH MISMAH yang menolak bangsa MCA dan MIC sebaliknya hanya menganggap sebagai warga 'tempelan' saja. Warga penggenap kepada serpihan kuasa yang ditinggalkan oleh kerakusan UMNO MASHITAH MISMAH ini. Itu saja.
Bila saja terdengar ura-ura MIC mahu keluar komponen parti, barulah sibuk mencari satu jawatan bertaraf menteri penuh diberikan kepada Presiden MIC, dengan cara ini secara tak langsung dapat menutup mulut MIC terhadap kutukan dan cemuhannya terhadap parti serpihan berasaskan India yang turut sama menyokong BN. Secara politiknya dapatlah kredit buat Barisan Nasional dalam menguasai bangsa India di Malaysia.
Bagi tujuan mengambil alih Selangor, negeri yang mempunyai banyak sumber kewangan, tambahan pula sebagai tempat duduknya ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur maka sudah pasti usaha ini harus dilakukan walau dengan apa cara sekalipun. Meskipun terpaksa membaptiskan Melayu bongok, meninggikan dan menaikkan pelbagai harga barang, kemudian memberi bantuan agar nampak berjasa. Membuang pekerja yang nampak lebih propembangkang dan memecat pelajar yang menyertai demo Bersih 2.0 kemudian pura-pura memujuk agar dapat menunjukkan keprihatinan, membantu Cina yang durhaka kepada lagu 'Negaraku' dengan memberi bantuan kewangan dan sokongan moral yang berlebihan, padahal Cina yang seekor ini benar-benar telah mencabul kedaulatan Negara. Tiada pula diambil tindakan. Sebaliknya bantuan. Tapi Melayu yang bermain mercun dan terbakar secara tidak sengaja gereja dipenjarakan dan dihukum. Inilah kerajaan UMNO MASHITAH MISMAH yang beroperasi sekarang. sangat teruk dan teruk sekali.
Terbaru, satu-satunya sistem pengangkutan milik kerajaan (MAS) akan tergadai dan terjual laksana terjualnya Tanjung Pagar dan Pulau Putih Mata (Batu Putih) kepada Singapura. Jika ditanya kepada Mahathir, memanglah bagus sebab Mahathir sudah tahu liabiliti yang terpaksa kerajaan tanggung terhadap MAS. Sebab zaman dia lagi MAS ni dah mula nak bankrap. Istilah perdagangan yang damalkan kerajaan UMNO MASHITAH MISMAH ini telah lama menampakkan kurap dan kudisnya. Hanya golongan yang pakai 'loceng' dekat leher saja yang tidak mampu melihat dan mendengar sebab disogok dengan rumput kering, kemudian dipakaikan cemin mata hijau agar nampak rumput kering itu menjadi segar. Inilah yang dikatakan Tuhan oleh MIC. Krahh krahhh krahhh apple lerrr!!!-Pakdoe
Rabu, 10 Ogos 2011
PEMBANGKANG DI SELANGOR PERLU LEBIH AKTIF MEMBANTU GOLONGAN 'TERMURTAD' INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan