Khamis, 11 Ogos 2011

Melaka : Peniaga Pasar Ramadan Asyik Dipindah

Majlis Perbandaran Alor Gajah hanya tahu menyusahkan peniaga kecil sahaja, tapi memudahkan peniaga pusat hiburan. Inilah apa yang Ali Rustam dan Mashitah Ibrahim buat, kalau orang Melayu yang nak berniaga tu ditonyoh dan dilenyek macam lempeng, tapi kalau kafir yang nak buat maksiat dialu-alukan pula. Mana Mashitah Ibrahim yang pandai bercakap bab agama nih...Apa dah jadi Mashitah dengan Melayu di Melaka ni...cuba hangpa mai citer sikit...

PENIAGA Pasar Ramadan di Dataran Keris tetap menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun diarahkan berpindah ke lokasi lain di Alor Gajah kelmarin.
MELAKA – Bagaimana kami hendak berniaga kalau asyik kena pindah lokasi!Itulah kekecewaan kira-kira 30 peniaga Pasar Ramadan Alor Gajah berhampiran Dataran Keris di sini yang mendakwa sikap tidak konsisten Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyebabkan mereka teraniaya.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja Kecil cawangan Alor Gajah, Baharuddin Mohd. Tahir berkata, sebelum ini peniaga menjalankan perniagaan di sebelah Mahkamah Syariah Alor Gajah sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, peniaga diarahkan berpindah ke bangunan perniagaan di tengah-tengah pekan dan ia didakwa menganggu urusan orang ramai di kawasan lama.

“Kami mengadakan perbincangan dengan MPAG dan mengusulkan kawasan baharu diberi iaitu di hadapan Dataran Keris melibatkan 130 tapak peniaga.

“Permohonan ini diterima oleh MPAG tetapi setelah seminggu berniaga kami diarahkan berpindah ke tempat lain kerana mengganggu lalu lintas keluar ke bangunan pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah pula.

“Saya hairan mengapa perkara ini tidak diambil pertimbangan oleh MPAG semasa peniaga mengemukakan cadangan dan kini menyusahkan peniaga,” ujarnya di sini kelmarin.

Sementara itu, seorang peniaga, Rimah Ros Bajuri, 40, berkata, dia kesal kerana diarahkan berpindah terlalu kerap.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code