Khamis, 11 Ogos 2011

Kerajaan bantu tangani kos hidup rakyat

Awal-awal lagi pakdoe dah jelaskan dalam blog ini beberapa hari yang lalu, Najib dan UMNO MASHITAH MISMAH hanya mempermainkan rakyat dan menggula-gulakan rakyat sahaja. Apa tidaknya, menaikkan harga barang kemudian memberi bantuan kepada rakyat konon menangani isu kos sara hidup rakyat. Apa makna ini semua, analoginya macam diskaun di jualan murah. Peniaga menaikkan harga barang kemudian dipotong dan diberi diskaun 50%, 60%, 70% dan sebagainya, namun selepas didiskaun harga sebenar masih sama sebelum diskaun. Sama. jadi apa maksud Najib berbuat demikian? Sekadar ingin menunjukkan kepada rakyat yang dia dan partinya sangat berjasa kepada rakyat...begitulah diriwayatkan...

KENAIKAN harga barangan keperluan telah meningkatkan kos sara hidup majoriti penduduk di negara ini. - Gambar hiasan
sila lihat laporan dalam kosmo...seperti di bawah:-

Kerajaan tangani kos hidup rakyat

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan bekerja keras untuk memastikan masalah rakyat mengenai kos kehidupan tinggi yang dihadapi mereka sekarang dapat diuruskan dalam keadaan global yang mencabar pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik dalam menangani kos yang semakin meningkat dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata, Bajet 2012 akan datang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Justeru, katanya, kerajaan telah mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh iaitu menangani kos sara hidup yang kian meningkat tahun ini setelah mengambil kira kenaikan harga makanan dan bahan-bahan keperluan yang berlaku di peringkat global.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code