Rabu, 10 Ogos 2011

MASHITAH MISMAH NAK JADI HEROIN MURTAD?

UMNO anutan Mashitah Mismah nak tunjuk hero bila PAS melalui wakilnya Dr Hasan menyokong tindakan JAIS menyerbu gereja bagi mencegah murtad. Sedangkan perkara ini tidak dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, jadi wujudlah satu lompang buat UMNO cucuk jarum agar berlaku pergeseran antara Pakatan Rakyat dan PAS mengenai isu murtad ini. Maka cananglah Mashitah Mismah siang malam agar Dr Hasan dan JAIS menjadi sasaran PAS bersekongkol pula dengan Zulkifli Noordin, Brahim Ali dan anak-anak kecil yang lain menentang pucuk pimpinan PAS yang mengambil pendekatan lebih toleran terhadap isu ini.

Mereka cuba menggunakan Dr Hasan melalui media Utusan untuk mengapi-apikan Hasan dengan pucuk pimpinan PAS. Sehingga sanggup Hasan menerima hukuman 'dipecat' oleh parti lantaran hebatnya dia mempertahankan murtad di Selangor. Manakala gereja pula yang sedia lama menggunakan kaedah bantuan 'talian hayat' kepada orang susah melalui pelbagai tawaran kebendaan kepada mangsa yang kurang didikan agamanya atau tergoda dengan tawaran itu. Sekurang-kurangnya dapatlah seorang dua untuk 'dibaptiskan'. Menurut rekod, kaedah ini telah berjaya mengkristiankan orang Melayu sehingga mencecah 29,000 orang lebih dan semakin meningkat. Angka ini diperoleh daripada saudara angkat Mashitah Mismah sendiri yang berada di Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir.

Bila berlakunya peristiwa ini, UMNO Mashitah Mismah kata: "Kita wujudkan akta pencegahan 'murtad', kita berjuang untuk Islam. Kita sokong serbuan ke atas gereja". Padahal tanpa disangka orang yang berbuat demikian adalah orang PAS, yang menyerbu ke gereja itu juga di bawah kerajaan negeri Pakatan. Sekali lagi dokoh dan komohnya Mashitah Mismah.

Jika zaman Toyo dulu iaitu 'Bapa Rasuah Selangor' (BRS), duduk di bawah regim UMNO Mashitah Mismah. Apa yang Toyo buat dulu? Ada dia mempedulikan soal-soal murtad ini? Berapa 'ekor' Melayu di zamannya telah murtad di Selangor? Takkan UMNO Mashitah Mismah tak tahu rekod ini. Tetiba saja semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini. Apa ini semua Mashitah Mismah? Takkan baru sekarang UMNO Mashitah Mismah baru nak buat akta ? Sedangkan sudah lama perkara ini dipohon oleh PAS.[klik sini]

Takkan Mashitah nak tumpang perjuangan Dr Hasan dan JAIS dari Pakatan kut!!! Malulah...!!!

Tapi jangan kata demikian dulu, kerana Mashitah Mismah ini licik orangnya, setelah gagal menggoda Hj Hadi, kini dia pula sibuk nak jadi heroin murtad di Selangor. Sudahlah berbagai kaedah 'Mismah'nya dilakukan untuk UMNO parti yang tiada agama itu. Cuba pula nak berlakon atas tiket Islam...bukan demi apa tuan-tuan...hanya demi ingin merampas kembali Selangor dari Pakatan itu saja. Lain tarak...

Jadi takkan perkara ini PAS, PKR, DAP, Dr Hasan tidak sedar akan perkara ini. Pergolakan yang timbul ini sebenarnya kerana munculnya berbagai pihak dalam Pakatan, luar Pakatan untuk cuba menyatakan pendirian masing-masing berkaitan hal ini. Untuk apa sebenarnya? Adakah untuk agama, parti atau kepentingan diri seluruhnya? Manakala bagi UMNO yang sudah 'kering gusi' sekarang ini, tiada lagilah peluang yang bakal menyusul andai tirisan-tirisan ini tidak ditadah dengan bekas yang besar, kerana titisan-titisan yang kecil inilah bisa digunakan kembali untuk menampal dan menampong segala kekurangan dalam kempennya nanti.

Politik Mismah dari keturunan Mashitah ini harus dilihat dengan pemikiran yang tajam dan bukan main rasa saja, umpama di bulan puasa ini lebih-lebih lagi. Jika dalam mulut terdapat sisa-sisa makanan hendaklah segera dibersihkan tapi jangan pula mudah untuk ditelan, sebaliknya pula jangan mudah untuk dibuang. Telan! Nanti batal puasa? Buang nanti membazir? Jadi harus dilihat pada masanya...jika masa masih belum Imsak apa salahnya ditelan, tapi jika masa Imsak telah habis, azan Subuh pula telah lama tamat riwayatnya. Pada masa ini 'buang' adalah wajib sebab jika tidak membatalkan puasa pula....fikirlah sedalam-dalamnya. by Pakdoe.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code