Ahli Parlimen Bayan Baru itu sudah tiada modal untuk mencari publisiti murahan dan populis. Isu melaga-lagakan Ku Li dengan Anwar adalah sesuatu yang melucukan. Sekiranya benar berlaku sekalipun mengapa Zahrain susah? Lagipun niat sebenar Zahrain semua orang sudah tahu iaitu ingin 'menjual Ku Li' macam dalam filem Tiga Abdul itu saja.
Semalam Zahrain juga mendakwa bahawa MIC turut di pelawa Nik Aziz bagi menyertai Pakatan memandangkan parti itu kini goyah dengan kemunculan parti-parti serpihan yang berasaskan masyarakat India jauh lebih berwibawa daripada MIC. Lantaran itu MIC memberi kata dua kepada Barisan Nasional akan keluar parti tua itu seandainya parti berasaskan India lain menyertai Barisan Nasional.
Sikap Zahrain yang suka mencari peluang untuk menonjolkan diri dalam kalangan Ahli Parlimen lain terutama di negeri yang diperintah pembangkang hanya sekadar mencari sedikit ruang untuk dihargai, dan dilihat oleh pucuk pimpinan parti sebagai orang yang sangat kuat bekerja dan cuba memerangi musuh dengan segala apa cara sekalipun. Inilah niat sebenar Zahrain.
Kenyataan Zahrain sedikitpun tidak mencerminkan perbuatan 'kerja' yang dimaksudkan melainkan hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan menendang Ku Li ke luar Umno.
Zahrain tidak fikir siapa Ku Li di Kelantan. Zahrain tak kisah andai Ku Li benar-benar keluar UMNO dan menyertai pembangkang, Zahrain apa peduli sebab itu bukan negerinya. lagipun dia sudah mengira bahawa jika Ku Li masih dalam UMNO sekalipun Kelantan tidak mungkin menjadi hak Barisan Nasional. Inilah yang menjadi kedangkalan Zahrain dalam arena politik. Tokoh lama seperti Ku Li dibuang jangan ibarat kahwin baru cerai yang lama seperti Datuk K sebenarnya tidak cerdik sekali, apa salahnya diambil keduanya. Kalau bijak, kalau memang tak bijak dan tak mampu itu kelemahan sendiri.
Sikap Zahrain yang tersalah mengeluarkan kenyataan dan disokong pula oleh keluarga Salleh dari Jaringan Melayu Malaysia kini kian malu untuk menarik balik kenyataannya. Oleh itu maka sekali lagi Zahrain mencabar Nik Aziz melalui [klik sini] saluran media kerajaan.
Pihak pembangkang sebaliknya meminta kerajaan pimpinan Najib Razak dengan mencabar dan mendesak agar pihak Najib membuat kenyataan rasmi berhubung kedudukan Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah dalam UMNO ini sepatutnya berlaku. Bukan menjadi penyibuk untuk mengganggu gugat parti orang lain. Selesaikan dulu masalah dalaman parti UMNO baru pedulikan pasal parti orang lain.
Khamis, 4 Ogos 2011
NIK AZIZ TAK PERLU LAYAN KARENAH ZAHRAIN!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan