
Politik dan komplot sama ada menaikkan atau menjatuhkan menjadi lumrah kepada penghambat-penghambat kuasa ini. Mereka sanggup berbunuhan demi memegamg tampuk kekuasaan. Krisis kecelaruan 'power' yang sedemikian kini mula melanda legasi Umno dan Barisan Nasional keseluruhannya.
Kedua-dua pemimpin utama BN dan kerajaan Malaysia ini mula tidak sehaluan antara satu sama lain apabila seorang meletakkan Malaysia dahulu selaras dengan slogan 1Malaysia manakala seorang lagi cuba untuk meletakkan Melayu dahulu. Kecampingan ini telah menggambarkan kepada rakyat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keakraban mereka, seorang ke hulu dan seorang ke hilir.
Dalam perkiraan itu Muhyiddin telah melihat kelibat kejatuhan Najib dalam berbagai sudut yang tidak lagi mampu dipulihkan, Najib gagal dalam menjaja berbagai dasarnya untuk meraih sokongan rakyat. Paling teruk ialah kaedah pengurusan Bersih 2.0.
Imej Najib yang tercalar dengan beberapa siri kegagalan telah meletakkan Muhyiddin sebagai satu penanda aras yang tinggi untuk menjadi PM Malaysia yang ketujuh. Itupupun jika BN masih mampu menahan gelombang Pakatan pada pilihan raya nanti.
0 comments:
Catat Ulasan