Diam tak diam usaha untuk menjatuhkan Najib dan bininya yang mata duitan itu kian kencang bertiup dalam UMNO, Najib yang selama ini cuba untuk memulihkan imej BN selepas tsunami politik 2008 nampaknya terus gagal dan gagal. Isu kebangkitan dan kesedaran penyokong BN sendiri tentang kelemahan dan kegagalan beberpa projek besar Najib yang tidak dapat meraih sokongan daripada rakyat UMNO amnya telah menjadikan Najib sebagai satu 'beban' kepada UMNO dan sekali gus Barisan Nasional.
Siri penjelajahan Najib ke pulusuk daerah dan dunia meraih dan menagih sokongan moral dan kekuatan politik masih tidak mampu mengekang gelombang kejatuhannya yang ditekan dari dalam UMNO sendiri. Pemimpin kanan Najib sendiri telah cuba untuk menangkis berbagai usaha Najib itu yang langsung tidak selari dengan Najib.
Sikap Rosmah yang menjadi duri dalam pentadbiran Najib telah menimbulkan rasa meluat dan 'cemuh' terhadap Najib. Ramai pemimpin kanan UMNO 'berbulu' dengan sikap bini Najib yang cuba mencari pengaruh dan campur tangan dalam banyak pentadbiran politik Najib.
Penggunaan kemewahan dan harta kerajaan untuk kepentingan diri, seperti mengadakan lawatan secara rasmi, atas nama kerajaan ke Kazakhstan, padahal ada hubung kait dengan pertunangan anaknya, pembelian 'permata' yang bernilai jutaan ringgit adalah hasil dari keuntungan Rosmah membangunkan projek 'permata' di bawah NKRA dan mendapat komisyen dari projek itu. Hasilnya Rosmah cuba mencari nama dengan mewartakan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara, sebaliknya menyembunyikan apa yang dia dapat dari projek tersebut. Nama projek sudah permata, sebab Rosmah juga mempunyai permata yang begitu mahal dan menakjubkan.
Gerakan terancang menjatuhkan Najib dari dalam UMNO samalah halnya dengan menjatuhkan Pak Lah yang Najib pernah buat sebelum ini.
PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".
"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.
"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan