Isnin, 8 Ogos 2011

ANTARA UMNO MASHITAH DAN NEGARA MISMAH JAWAPAN KEPADA 'PAS ALOH SOKMO'

Olahan Mashitah dalam pelukan UMNO kian memuncak dengan memperlekehkan PAS dalam penulisannya yang dianggap bagi dirinya sangat bertepatan mengikut tafsirannya tanpa mengira apa sebenarnya cerita cendikiawan dalam ideologi PAS.

Rupanya selama ini igauan PAS untuk mentadbir negara Malaysia bukan hanya bahan lawak dan cerita dongeng lagi. Betapa hampirnya PAS dengan matlamat itu menjadi kurap buat segelintir watak UMNO yang dilabel sebagai 'pendakwah sedekah' ini. Menjadikan golongan kurafat ini 'tidur tak lena, berak tak basuh, dan lupa mandi junub' menunjukkan betapa kecamuk dan gerunnya mereka kepada kebangkitan PAS. Sehingga mereka lupa untuk melakukan itu semua.

Mereka berhabisan mencemuh PAS, memperkecilkan PAS, melaga-lagakan PAS dengan DAP dan berbagai isu yang dikorek dan digali demi matlamat menjatuhkan PAS dalam masa yang singkat sebelum hadirnya PRU-13. Ketakutan yang kian memuncak cuba disembunyikan oleh 'pendakwah sedekah' ini untuk melarikan diri dari kegagalan regimnya menyempurnakan banyak isu agama yang terbengkalai. Meludah ke langit dan menadah muka yang semakin tua dengan air liur basi tidak mencerminkan kehebatan UMNO dan Islam seluruhnya.

Sebaliknya 'pendakwah sedekah' seperti ini lupa akan batas dan tanggungjawab Islamnya terhadap negara yang dikatakan regimnya sebagai negara Islam. Mereka nampak kerjasama PAS yang erat dengan DAP sebagai satu ancaman, lalu cuba mencantas dengan pelbagai helah sedangkan mereka juga lupa bahawa parti mereka telah lama bersekongkol dengan kafir-kafir. MIC dan MCA yang pada mulanya diperkudakan UMNO kini dah mula sedar akan kedudukan mereka di sisi Barisan Nasional lalu mereka terbalikkan dan menjadikan UMNO sebagai kambing tunggangan mereka pula. Aiikk, sudah tukarkah?

Sesuatu yang mereka mula lupa ialah dengan masih menganggap PAS adalah sebuah parti yang primitif dan kuno pada tanggapan mereka. Hakikat dan hal inilah telah membawa rasa sakit hati yang meluat-luat kepada pemimpin utama mereka satu masa dulu, sehingga bekas PM itu mengatakan PAS kini masih menuduh UMNO kafir....Inilah kesan yang paling lama melekat dalam kepala pemimpin mereka yang masih terasa. Padahal cerita itu sudah usang, sudah lama berlalu. PAS kini sebuah parti yang moden dan memenuhi aspirasi semua golongan masyarakat malah semua bangsa di Malaysia kini selesa dengan perjuangan PAS.

Jika Mashitah melihat perlakuan menarik balik arahan peraturan pusat hiburan yang telah diluluskan oleh UMNO tapi langsung tidak dipraktikkan di zamannya jelas menunjukkan UMNO lebih dayus dari PAS, Mashitah hanya mereka-reka cerita bahawa PAS menerima tekanan dari Karpal Singh semata-mata untuk mengalih pandangan masyarakat pembaca dari mempamerkan bahawa UMNO lebih penakut melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Apakah Mashitah lupa bahawa Ali Rustam lebih teruk memperjuangkan puak-puak kafir dari Melayu yang ada di Melaka? Mengapa bila tiba giliran ini Mashitah kelu? 'Senyap dip'?

Apakah perbuatan melanjutkan masa operasi pusat hiburan di Melaka telah ditegur oleh Mashitah yang mendakwa dirinya seorang tokoh agama yang berkaliber di Malaysia, meski isu rumput juga Mashitah sudah sanggup bermasam muka dan saman menyaman dengan jiran? Inikan pula pasal parti, mesti lebih lagi sebab 'periuk nasi', namun beranikah orang macam ini menegur keserakahan agama Islam di Melaka yang di tatang oleh Ali Rustam? Jika dilihat antara kedua kes di atas sudah cukup untuk membuatkan orang seperti Mashitah tutup mulut dan hanya membetulkan keadaan yang semakin parah dalam parti sendiri saja...Cerita orang PAS lebih hebat dari cerita orang UMNO dalam bab Islam. Tak perlu ditarbiyah lagi, tambah-tambah orang macam Mashitah.

Usah dikonar leper isu yang hanya membelit batang tengkuk sendiri saja. Buat malu kompeni saja. Mashitah banyak mencipta andaian yang bukan-bukan dan mengarut. Apa tindakan yang Mashitah ambil semasa keputusan seorang PM ingin berjumpa dengan Ketua Padri? Apa rasionalnya? Adakah Najib ingin mengislamkan Pope Benedick atau, sebaliknya Pope itu telah mengkristiankan Najib dan Rosmah? Apa Mashitah tahu? Atau Mashitah juga ada mendapat ole-ole dari kota Vatican? Maka sebab itu Mashitah tutup mulut dan tidak mengkritik isu ini dengan mata hati agama? Atau Mashitah pandai pula merekayasa dan mencipta berbagai alasan serta dongeng demi menutup sikap 'curang agama' yang diamalkan oleh UMNO selama ini?

Selain itu, isu hala tuju kerajaan P.Pinang yang mengikut model Umar Abdul Aziz nampaknya lebih menggerunkan pasukan Mashitah yang semata-mata mencari peluang untuk mengamalkan konsep 'kiasu' yang kemudian tersekeh batang hidung Mashitah sendiri. Apa tidaknya jika MCA tunggangan UMNO kata Mashitah, kini sudah mula mengungkit tentang agihan kontrak yang diberikan kepada Melayu oleh Lim Guan Eng. MCA melihat isu ini adalah tidak adil dan menindas orang Cina. Apa Mashitah masih tidak sedar pengajaran yang berlaku di sebalik cerita ini?

Jika orang Cina seperti DAP sanggup membela orang Melayu, adalah jauh lebih baik dari MCA kesayangan Mashitah yang hanya membela bangsa Cina saja. Kejahilan Reezal Merican dan Zahrain dalam mencari peluang merebut dan menjatuhkan kerajaan Pakatan di P.Pinang adalah sesuatu yang memalukan Melayu sahaja. Mengapa UMNO hanya tahu merampas kuasa saja? Apa salahnya memberi satu pandangan yang memuaskan hati semua pihak, agar segalanya aman dan tenteram.

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Isu gereja ulasan Mashitah yang tidak tahu kepala ekor dalam kes serbuan ke gereja lebih baik tidak menimbulkan banyak kekeliruan, takkan Mashitah tidak belajar selok-belok agama Islam dan toleransi Islam terhadap agama lain? Bukan soal PAS, Hasan, JAIS atau Gereja sekarang, yang lebih ketara ialah soal penarafan agama di bawah regim UMNO yang meletakkan semua agama seberani ini? Jamil Khir sendiri mengakui bahawa jumlah 'murtad' sejak rejim Mashitah memerintah sudah lebih 29,000 orang yang berjaya dikristiankan dan jumlah itu bertambah dari setahun ke setahun. Apa Mashitah masih lena? Mashitah masih mengatakan rejim Mashitah itu penentang 'murtad'?

Kalau perkara begini berlaku di negeri tadbiran BN seperti Melaka, Johor dan Pahang, adakah 'serbuan' ini akan berlaku? Jawab Mashitah, jawab? Beranikah Mashitah berbuat demikian? Atau hanya pendamkan saja sebagaimana Shahrizat yang tak kisahpun apa berlaku kepada umat Islam yang miskin dan dhaif, sebaliknya mencari tempat-tempat yang berpotensi untuk mempopularkan dirinya saja. Inilah wadah yang dibawa regim Mashitah ke dalam kepala hotak umat Islam di Malaysia. Lagiputan Hj Hadi memanggil Hasan yang dikatakan oleh Mashitah sebagai tekanan DAP ini langsung tidak masuk akal. Hj Hadi selaku presiden wajib tahu apa sebenarnya yang berlaku, malah sekiranya Mashitah kata tindakan sedemikian adalah demi kesepakatan parti, maka ini adalah masalah yang paling pokok dalam soal berparti. Sama juga dengan UMNO anutan Mashitah yang selalu melindungi Najib walau terpalit dengan berbagai skandal seperti pembunuhan Altantuya, isu Scorpene, pembelian permata jutaan ringgit, mengapa pihak Mashitah masih sentiasa melindungi Najib?

Budaya dan ajaran UMNOlah yang menyebabkan Karpal Singh dan Kit Siang begitu obses dengan Islam sehingga takut yang amat sangat sehinggalah munculnya PKR yang mampu membawa segalanya kembali normal malah lebih baik lagi ikatan berbanding dengan UMNO, MCA, dan MIC.

Sikap pendengki Mashitah untuk meleceh PAS agar tidak sehaluan dan berpecah-belah juga telah nyata menunjukkan niat jahat dan hati busuk seorang yang mengakui dirinya sebagai berjuang untuk Islam. Sepatutnya Mashitah meninggalkan saja parti yang dianuti itu dan sama-sama berjuang dengan Pakatan untuk menentang sebarang salah laku DAP, MCA dan MIC mengikut pandangan Mashitah...kah kah kah...!!!

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Misalnya Mashitah kata isu Hj Hadi tidak tersenarai sebagai calon PM, ini adalah satu serangan yang paling bodoh dan tidak berasas sebagai seorang pemimpin yang dipilih rakyat untuk mengucapkan kata-kata seperti itu. Seorang 'pejuang' yang sejati bukan memburu kedudukan menjadi cita-cita utamanya sebagaimana Mashitah. Jika demikianlah niat Mashitah sebagai seorang yang berkhidmat untuk mendapat habuan dan jawatan, bukan atas dasar JUJUR, BENAR, dan AMANAH rasanya Mashitah lebih teruk dari Chua Soi Lek yang jelas kaki betina itu. 'Komoh' benar jiwa Mashitah.

Tahukah Mashitah akan sejarah kemerdekaan Malaysia? Bukankah Onn bin Jaafar adalah pejuang sejati, pejuang kemerdekaan? Tapi mengapa Onn Jaafar tidak mahu menjadi PM pada waktu itu? Ada apa dengan beliau? Jika Mashitah ingin tahu lebih lanjut, tanyalah Hishamuddin, mengapa datuk dia tidak tersenarai sebagai PM?

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Manakala soal arak dan kafir masuk masjid? Salahkah? Tahukah mashitah bahawa agama lain terutama Kristian, lebih toleransi dalam hal ini. Mereka membenarkan penganut agama lain bebas masuk ke dalam gereja mereka? Bebas memegang 'bible' mereka? Untuk apa mereka berbuat demikian? Jangan buat andaian yang sempit dalam soal ini. Islam itu bukan untuk Mashitah seorang, umpama tetamu yang bertamu tidak dibenarkan bebas hingga ke bilik tidur tuan rumah? Itukah maksud Mashitah? Islam agama universal, sesiapa pun hatta Yahudi sekalipun boleh memasuki masjid asalkan tidak membawa sesuatu atau niat yang menggoncang keharmonian Islam, apa salahnya? Tambahan pula untuk kebaikan, kebaikan kepada jemaah masjid tersebut. Salahkah wahai Mashitah!!!

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Dengan mengatakan PAS gagal melaksanakan hukum Islam di Kelantan, takkan Mashitah sedikitpun tidak tahu mengapa kegagalan ini berlaku? Bukankah undang-undang negeri, tertakluk juga dengan undang-undang persekutuan? Bukankah PAS pernah memohon berbuat demikian tapi ditolak oleh 'pusat' mentah-mentah? Takkan dengan isu ini Mashitah nak tipu orang kampung? Mashitah tahu sebab tapi Mashitah masih berkata tidak tahu. Alimkah orang seperti ini? Mashitah tidak tahu sesuatu tapi Mashitah pula kata tahu? Apa jenis orang seperti ini. Tahu kata tak tahu. Tak tahu kata tahu. Ini pembohong namanya wahai Mashitah!!!

Namun usaha untuk mengharamkan segala bentuk maksiat yang berlaku secara terang-terangan telah dilaksanakan. Apakah Mashitah tidak pernah melawat Kelantan pada waktu maghrib? Apa yang kerajaan Kelantan usahakan untuk memartabatkan Islam di Kelantan? Adakah perkara sebegini berlaku di negeri kerajaan Mashitah? Hiburan yang lebih Islamik dan peraturan yang ketat untuk buat sebarang bentuk hiburan di Kelantan. Takkan Mashitah tak tahu? 'Dokoh' sungguh Mashitah.

Sebaliknya, apakah Mashitah tahu bahawa kafir harbi 3 ekor dari MCA yang seangkatan dengan Mashitah telah menyaman negeri Kelantan gara-gara mengharamkan judi? Tahukah Mashitah kisah ini? Tahukah? Atau pura-pura tak tahu? Tapi apa tindakan yang diambil oleh puak-puak Mashitah seperti Awang Adek dan Mustafa Mohamad? Mahupun Mashitah sendiri selaku timbalan di Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa lebih alim dari mereka. Apa yang Mashitah usahakan untuk membetulkan masalah ini - Tiada apa-apa? Jadi? Jadi sebenarnya Mashitah masih kerdil untuk menikam PAS dari belakang apatah lagi dari depan. Gagalnya negara Islam bukan kerana gagalnya PAS dan barisannya, tapi kerana munculnya orang-orang seperti Mashitah yang tidak menyokong usaha ini. Sekali lagi 'dokoh' Masyitah.

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Isu yang paling kurang cerdik diambil kerajaan Mashitah ialah 'memecat' pelajar aliran agama Islam di Mesir gara-gara menyokong perhimpunan Bersih 2.0. Apakah isu ini tidak cukup lagi mencerminkan bahawa kerajaan Mashitah takut pada bayang-bayang sendiri? Gerun kepada kebebasan bersuara. Sehingga sanggup menghapuskan dan melupuskan masa depan generasi Mashitah sendiri, hanya kerana tidak sealiran dengan tindik politik Mashitah? Bukankah ini lebih zalim dari Firaun yang sanggup menjaga nabi Musa dari kecil sehingga akhirnya menjadi musuh kepadanya? Takkan Mashitah tidak tahu kisah penyisir Firaun yang sama nama dengan Mashitah? Apa Mashitah tidak sedar, gara-gara menyebut Allah saja maka dia dibunuh? Tapi Mashitah yang ada sekarang tidak sama dengan penyisir zaman Firaun itu yang kelihatannya begitu takut untuk berdepan dengan hukum hudud? Inilah Mashitah zaman Mahafiraun!!!

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Tahukah Mashitah selama PAS berkawan dengan DAP dan menjadi satu pasukan menentang BN, berapa buahkah masjid yang telah dirobohkan, surau yang telah dimusnahkan? Adapun kerajaan Mashitah sudah merobohkan banyak rumah ibadat Islam antaranya: Masjid Bujal di Kemaman. Peristiwa ini adalah peristiwa yang menyedihkan umat Islam di seluruh negara. Begitu juga dengan surau di Kg Berembang, Selangor juga dirobohkan, diikuti dengan menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, dan menutup surau di Puchong Perdana. Kesemuanya mempamerkan gelagat pemikiran dan social action pemimpin UMNO termasuk Mashitah yang mengkhianati Islam! Kerajaan Mashitah tidak pernah memakai prinsip Tahalluf Siyasi dalam berpakat dengan parti bukan Islam. Beberapa peristiwa ini adalah peristiwa yang tercatat dalam sejarah negara sebagai sejarah hitam yang dibuat oleh kerajaan Mashitah. Bukankah Mahitah tahu bahawa perbuatan meroboh masjid atau surau (rumah Allah) biasanya dibuat oleh orang Yahudi dan Nasrani. Dua kaum ini adalah musuh yang nyata untuk umat Islam. Apabila regim Mashitah sudah sanggup merobohkan masjid dan surau maka inilah yang disukai oleh Yahudi dan Nasrani. Ada apa yang Mashitah ingin katakan dalam soal ini? Betapa 'dokoh' dan 'komoh'nya Mashitah.

masjid yang dirobohkan semasa regim Mashitah bersekongkol dengan kafir MCA dan MIC

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Tahukah Mashitah apa yang berlaku setelah Presiden MIC, G. Palanivel mengugut untuk keluar dari BN. Apakah yang Najib lakukan? Bukankah ini satu malapetaka buat BN? Apakah Mashitah tahu tuntutan MCA dan MIC terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu? Apa tindakan kerajaan Mashitah, akhirnya kini kerajaan Mashitah telah membenarkan bukan Melayu memasuki MARA, MRSM dan sebagainya yang telah membuatkan Melayu semakin terpinggir. Apa ini yang Mashitah kata UMNO parti yang menang dengan MCA dan MIC? UMNO lebih teruk lagi dari PAS. Lebih 'haloh' dari PAS, malah UMO sebuah parti yang sangat 'dokoh' dan 'komoh' sekali di sisi masyarakat  yang benar-benar memburu Islam sebagai cara hidup.

Wahai Mashitah, itu belum lagi dikupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap. Mashitah tuduh PAS bersekongkol dengan Cina DAP dan kalah kepada DAP, sedangkan Mashitah juga berkawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal UMNO itu sendiri diperalatkan oleh MCA. Bukti jelas, kerajaan Mashitah telah gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik UMNO Mashitah diserahkan kepada MCA. Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat. Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen.Tapi mengapa Mashitah masih mengatakan PAS tunduk kepada DAP? Masih tak sedar lagikah Mashitah. Fuziah begitu lantang menentang pembinaan 'kilang insenarator' bukan untuk mencari wang macam Mashitah, tapi untuk menjaga rakyat dari bencana 'radiasi'. Kesihatan itu lebih berharga dari wang ringgitlah Mashitah. Malangnya Mashitah tidak bersuara apa-apa dalam soal ini, Mashitah kata itu bukan negeri saya, itu negeri Pak Nan, dia tahu apa dia buat. Inikah kata-kata Mashitah? Koman betul pemikiran ini. 'Komoh' sungguh Mashitah.

Kini, tibalah masanya untuk mengupas isu yang paling besar dalam menerajui parti yang korap iaitu UMNO!!! Wahai Mashitah, PAS -'Parti aloh sokmo' yang gah ditulis Mashitah itu bukanlah apa sangat malah tidak sedikitpun menjadi kudis buta buat PAS, kerana itu cuma strategi politik murahan dan sempit Mashitah yang sangat signifikan bagi Mashitah membenci dan berdendam dengan PAS. Apatah lagi setelah regim Mashitah cuba untuk memujuk PAS bersatu dan bergabung dengan BN, tapi ditolak PAS, bertambah lagilah kebencian Mashitah terhadap PAS. Sekali lagi UMNO 'haloh' ko PAS. 'Dokoh' sungguh pemikiran Mashitah.

Namun Mashitah juga tahu betapa isu besar ini sudah tentu berkait rapat dengan polisi menjual negara demi kertas undi yang diamalkan oleh BN parti Mashitah. Takkan Mashitah tidak tahu? Atau Mashitah pura-pura tidak tahu. Betapa kecurangan UMNO, yakni agama anutan Mashitah telah melakukan perbuatan 'memismahkan' berbagai bangsa menjadi penduduk tetap Malaysia dan memaksa menyokong regim UMNO. Dengan memelayukan Jawa, memelayukan Bangla, memelayukan Indo, Thai, Filipina dan berbagai bangsa di dunia 'dimelayukan' demi menjaga kekuasaan tampuk pemerintahan. Inikah yang Mashitah inginkan?

Palanivel dan Chua Soi Lek kini sudah mula sedar akan kerugian bangsanya bila UMNO sanggup berbuat demikian. Apa tidaknya, sekiranya warganegara ini menjadi bumiputera, maka sudah tentu hak-hak keistimewaan Melayu akan turut diperoleh, maka sekali lagi MCA dan MIC kekal sebagaimana orang asing di Malaysia. Sebaliknya pendatang baru ini mendapat 'kelebihannya' pula. Walhasilnya, G. Palanivel berura-ura untuk keluar dari BN. MCA bergelut lagi dengan BN. Sekali lagi Mashitah dokoh.

Isu besar yang kedua ialah SPR, baghal tunggangan BN kini dalam kekalutan bila isu biometrik yang menjadi senjata sulit BN untuk merampas semula Selangor ditolak oleh pembangkang dan NGO - S. Ambiga. Teknik pengundian 2 kali atau lebih bagi seorang pengundi dan menjadi amalan wajib agama Mashitah mula dihidu golongan profesional pembangkang menjadikan UMNO Mashitah rebah sekali lagi. Dijangkakan PRU-13 nanti ibarat satu medan pertempuran yang sangat sengit dan penentuan hidup mati bagi legasi BN. Dokoh pula Mashitah.

Tuntutan penggunaan dakwat celup jari bagi memastikan tiada individu yang mampu mengundi lebih dari 2 kali menjadikan UMNO Mashitah kian merudum dan terperosok. Terima cadangan, nampak 'haloh' kepada pembangkang, tak terima cadangan, 'Bersih 3.0' bakal menyusul. 'Haloh' lagi BN. Bertubi-tubi penumbuk sulung kena atas kepala UMNO Mashitah. Dokoh lagi Mashitah.

Akibatnya terbaru Najib bedah kepala lutut sebab risau kalah dalam pilihan raya dan tak sempat dapat layanan istimewa kelas PM oleh hospital. Malangnya, walau masih dalam kesakitan, Najib dituntut supaya hadir untuk membuat sidang tergempar tetapi cuba disanggah dan disilatkan oleh Nazri Aziz dengan berbagai alasan dan rungutan yang merepek, mengapur tak tentu kalu.

Kini, SPR dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kian sibuk cuba melupuskan 'bukti' dan 'membackdatedkan' fail-fail terbaru menjadi lama. Agar pembangkang tidak mempunyai bukti yang dikehendaki dan SPR dan JPN mempunyai jawapan yang kemas dan bersama. Ini strategi lama la Mashitah, semua orang sudah tahu. Pembangkang sudah tahu, budak-budak pun tahu itu maaa? Sama macam Rosmah menghapuskan bukti di Jabatan kastam tempoh hari. Takkan Mashitah tak tahu? Dokoh sungguh Mashitah.

Mashitah cuba mengalih pandangan dengan mengutuk PAS kerana tahu bahawa adanya gerakan-gerakan yang didakwa oleh PENAWAR mendesak supaya Najib mengundur diri dan meletak jawatan, walau dinafi sekeras-kerasnya oleh Aziz Shamsuddin, semua orang sudah tahu lah Mashitah, lagipun ramai dalam kalangan ahli parti sudah menganggap Najib sebagai 'liabiliti' kepada parti. Manakala Muhyiddin Yassin pula kepoh dan heboh bagai bagai kera kena semawas (obor api dipunggung) cuba untuk menonjolkan diri dan mula mencongak-congak sebagai bakal PM yang ketujuh. Pasti Mashitah tahu itu semua. Sebab itu Mashitah berbuat demikian.

Antara UMNO Mashitah dan negara Mismah menjadi polemik utama pentas politik tanah air kini menular menjadi senjata membunuh diri sendiri. Membunuh Mahitah dan menghidupkan generasi Mismah di Malaysia, lama-kelamaan tiada lagilah melayu  menjadi pewaris Mashitah tapi Melayu yang menjadi pewaris Mismah. Antara Mashitah dan Mismah kini tiada beza lagi . 

Jadi sekali lagi nasihat kepada Mashitah, jangan sesekali berkata tahu kepada sesuatu yang kita kurang pasti. Bertanyalah kepada orang yang lebih arif dalam soal politik ini. Bukan main pakai hentam saja. UMNO kini bukan setakat HALLOH  ko PAS tapi PERIK dan KONYOL kepada PAS. Sekian. [baca juga]


Source: http://www.utusan.com.my

1 comments:

asm berkata...

Panjang lebar kupasan dan pandangan saudara tentang Mashitah.Suatu masa dahulu saya amat meminati ceramah beliau di kaca televisyen.Tidak ada pandangan beliau yang menimbulkan kontroversi.Semua orang sukakan beliau termasuk kanak-kanak tadika.Beliau menjadi ikon kepada para ibu dan contoh yang sering ditampikan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.Orang sentiasa menanti-nanti kemunculannya!Hebat!Wanita muslimah sejati!Berilmu!..Namun semua itu tiada lagi.Kes saman menyaman beliau dengan rakan sekerja pasal rumput mutiara telah mencacatkan ikon ini.Ikon yang menjadi kebangaan umat Islam suatu masa dahulu kini sudah berubah warna dan bentuk..Penglibatannya dengan politk UMNO telah menjatuhkan kredebilitinya dan keilmuaanya!Pelbagai kenyataan dan pandangan beliau tidak lagi mencerminkan Mashitah yang dulu.Tawaran dan habuan politik telah memusnahkan ikon ini pada pandangan ramai pihak terutama pendokong agama.Tidak hairanlah pandangan-pandangan beliau berhubung dengan isu dan hukum-hukum agama cenderung ke arah mempertahankan apa yang UMNO buat,malah sehingga sanggup mengeluarkan pandangan yang memperlekehkan hukum hudud.Kalau dulu ramai yang memuji dan mendoakan untuknya.Tapi kini rasanya orang UMNO pun tak pernah mendoakan kesejahteraan buatnya.Tak tahulah kalau JKKK dikampung.Hebatnya PAS apabila para ulamaknya sentiasa didoakan oleh ahli-ahlinya dengan penuh ikhlas agar mendapat rahmat Allah dan sentiasa tetap dengan perjuangan.Oleh itu tidak hairanlah apabila mereka meninggal dunia,mereka diiringi oleh puluhan ribu manusia yang mendoakanya.Malah ada yang sanggup bermotosikal (Honda cup) dari Johor Baharu ke Kedah semata-mata untuk menziarahi jenazah seorang pejuang Islam sejati.wallahulam

Next Previous Home
hostgator coupon code