Satu lagi tuduhan liar dan tidak berasas dilontarkan oleh Datok 'Ngok' dengan mengatakan DAP perampas hak rakyat. Apa pula hak yang berlaku di Lynas? Adakah rakyat di Lynas semuanya bersetuju dengan insenarator? Tidak! Bukan semuanya setuju? Jadi, bukankah kerajaan BN terutama UMNO merampas hak dan keselesaan rakyat? Jika pembaca membaca artikel ini, ianya sangat tidak adil kepada pembangkang.
DAP P. Pinang rakus, rampas hak rakyat - Azhar
BUTTERWORTH 27 Julai - Meskipun akur perintah mahkamah supaya mengosongkan Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim tetap menyifatkan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu mengambil alih premis itu sebagai merampas hak rakyat.
Menurut Azhar yang juga Ketua Pembangkang, perbuatan tersebut hanya akan menyusahkan rakyat yang memerlukan bantuannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
ADUN Penaga itu memberitahu, mereka yang datang ke pusat tersebut terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang politik berbeza, termasuk daripada parti pembangkang sendiri.
"Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah sesuatu yang merugikan rakyat. Dengan sikap rakus sebegini, mereka telah merampas kemudahan rakyat.
"Pusat ini bukan untuk orang Barisan Nasional (BN) sahaja, orang Pas pun berlambak-lambak datang. Saya tidak tolak satu pun permintaan mereka. Saya tiada kepentingan di situ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur menolak permohonan Azhar untuk membatalkan arahan kerajaan negeri supaya mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN Penaga.
Khamis, 28 Julai 2011
UMNO Pahang rakus, rampas hak rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan