Khamis, 28 Julai 2011

PAS DICABAR JANGAN TANDING PRU-13

KENYATAAN BERUNSUR PROVOKASI, supaya PAS menarik diri dari pertandingan adalah suatu yang paling bodoh yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang melantik dirinya sendiri sebagai pengarah. Jelas usaha ini adalah suatu yang menunjukkan kepada kerisauan UMNO untuk menentang Pakatan.

Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh berkata, Pas dilihat sengaja memprotes apa saja tindakan kerajaan sama ada dalam isu biometrik mahupun idea baru SPR.

"Mereka (Pas) jelas takut atas keputusan yang memang tidak memihak kepada mereka yakni sokongan dan kuasa yang mereka dapat adalah daripada himpunan parti pembangkang.

"Ternyata Pas sendiri serta pemimpinnya sengaja menghimpun pelbagai alasan dan jika terlalu banyak alasan, jangan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.[klik sini]

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code