Khamis, 28 Julai 2011

MIC DESAK UMNO BEBASKAN PSM6 ATAS KAPASITI KAUM INDIA

MIC yang hari ini menyalak dan bertempik agar UMNO membebaskan musuh politik mereka iaitu PSM6 atas kapasiti kaum sahaja, kerana individu yang terlibat dalam penahanan itu kebanyakannya terdiri dari kaum India sahaja. Nampaknya MIC sekali lagi bermain wayang dengan berbuat demikian secara politiknya maka diharapkan bila PSM6 yang bakal dibebaskan tidak lama lagi akan memaafkan kesalahan BN. Sekali gus PSM6 akan melupakan penderitaan yang ditanggung mereka akibat penahanan ini, malah dituduh untuk menggulingkan Agong dengan baju dan kertas.


Wayang yang dimainkan lewat begini sudah ketinggalan, kerana sudah ramai orang terutama dari pembangkang menyuarakan hasrat ini, tapi langsung tidak diendahkan oleh Hishamuddin. Mungkinkah UMNO tunduk kepada MIC dalam perkara ini. Sedangkan fahaman komunnis dan sosialis mengikut Menteri Keselamatan Dalam Menteri kata ianya sangat berbahaya dan EO terpaksa dikenakan ke atas mereka selama mana yang kerajaan fikir wajar berbuat demikian.

Salakan MIC ini jika didengari oleh UMNO maka sudah tentu persepsi pembangkang dan rakyat terutama penyokong bongok UMNGOK semakin lemah sehingga terpaksa tunduk dengan parti yang memperjuangkan hak orang Melayu ini kepada parti orang bukan Melayu iaitu India. Rupa-rupanya UMNO takut dengan MIC kerana tidak tetap pendirian. Malulah...!!! Jika pembangkang dan ahli keluarga mangsa yang ditahan merayu kerajaan buat tak endah tapi sekali ini tengok bagaimana?

Jika tidak berganjak juga saya menyarankan agar MIC berfikir 2 kali untuk bersama membarisi BN, lebih baik MIC keluar sahaja dari komponen BN dan masuklah mana mana parti lain yang sesuai. Perbuatan UMNO ini sudah lebih dari sepatutnya dan tidak masuk akal 'insane'.

Jika MIC rasa kasihan penahanan mereka ini atas dasar kaum sejenis iaitu India, memang wajar tetapi jika selain itu tidak wajar MIC bersuara kerana ini adalah political problem.

Perjuangan PSM6 bukan untuk dimomokkan oleh MIC sebagai savior mereka, mereka berjuang demi negara dan rakyat. Jika mereka rasa tertekan dan takut menerima hukuman akibat perbuatan mereka. Ini bukan lagi pejuang yang sejati. Ini bukan Bersih tapi 'Cemar'. Jika pembebasan mereka ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada MIC mengapa parti ini begitu berminat dengan isu ini? Apakah sudah muak dengan lakonan dan permainan UMNO?

Keluarlah MIC dari BN, tiada gunanya kamu bersama mereka kerana kamu ini hanyalah sebagai penggenap kepada kerusi yang kosong, penggenap kepada pemain yang cedera. Ini saja budi dan bakti yang kamu layak  terima.

MIC juga desak PSM6 dibebaskan
S Pathmawathy

Penahanan berterusan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MIC Datuk G Palanivel .

"Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai).

"Tetapi kemudian, mereka akan disuruh berbaris dan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke balai polis (di mana penunjuk perasaan) akan dikurung selama tiga atau empat jam sebelum dibebaskan,” kata Palanivel pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun dalam kes ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima yang lain, mereka ditahan kerana menjadi “penggerak utama” perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, beliau berkata tindakan kerajaan itu hanya memburukkan imej negara.

"Perwakilan rakyat yang dilantik itu akan masih dalam tahanan dan semasa pilihan raya, mereka tidak perlu keluar untuk berkempen - mereka boleh terus menetap di penjara dan menang kerana rakyat akan mengundi mereka,” katanya.

Bimbang dengan sentimen rakyat berhubung penahanan itu, Palanivel menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya fokus untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya ke-13 ini.

Palanivel berkata beliau sedar tindakan kerajaan itu terus menerima bidasan dari dalam dan luar negara dan telah berhubungan dengan Najib beberapa hari lalu dan meminta tahanan itu dibebaskan.

Ini kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda.

Selain Jeyakumar, anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.

PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code