Pak Nan hari ini mengatakan tiada lagi lesen balak untuk individu. Memanglah, sebab semua anak beranak Pok Nan dah dapat. Takkan nak keluarkan lagi lesen nanti jadi perebutan pula susah, tapi kalau anak-beranak ini senang untuk di bawa berbincang.
Setelah semua hasil bukit dan hutan di Pahang digondolkan maka memang wajarlah pemberian lesen ini dihentikan, tunggu sehingga pokok baru membesar dahulu, katanya. Setelah penuh madu di kantung dapur maka tidak perlu lagi memburu lebah. Inilah antara tabiat orang UMNO Pahang. Jika selagi ada maka selagi itulah dihurungnya, sehingga kering garing.
Pahang henti lesen individu balak
JERANTUT - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri telah memberhentikan sebarang pengeluaran lesen pembalakan kepada pihak individu.
Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri masih bersedia menimbangkan lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat pembalakan.
"Kita turut mengetatkan syarat pembalakan termasuk kawasan tadahan air dilarang sama sekali daripada aktiviti pembalakan, jika kawasan tersebut dibalak sudah tentu tiada lagi kawasan simpanan air untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama rakyat di sini.
Adnan berkata, kerajaan negeri juga telah menyediakan garis panduan yang ketat dalam aktiviti pembalakan bagi memastikan kawasan tadahan air dan hutan simpanan dapat dipulihara sepenuhnya.
"Pembalakan yang tidak terancang dan tidak mengikuti garis panduan alam sekitar bukan sahaja akan memusnahkan kawasan hutan malah turut memusnahkan kawasan hijau dan sumber air negeri. - Bernama
Khamis, 28 Julai 2011
LESEN BALAK DI BUKA UNTUK SYARIKAT DI PAHANG-ADNAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan