Pandangan ini mungkin rasis tapi ini adalah fakta, agama Islam di negara ini masih ramai yang mengamalkannya dengan baik, tetapi dalam agama selain Islam di Malaysia ini, peranan institusi agamanya tidak begitu ketara, apakah mungkin kehidupan dan cara hidup mereka terarah ke arah itu atau adakah disebabkan perundangan negara? Namun alasan seperti ini langsung tidak boleh dipakai.
Jika judi, minum arak dan seumpamanya dilihat sebagai musuh dan larangan dalam setiap agama, mengapa agama-agama lain tidak menghukum pesalah mereka mengikut agama mereka, padahal sudah tentu kaedah ini menjadi salah satu cara membanteras aktiviti maksiat yang berleluasa sekarang. Tapi adakah hukuman khusus dalam agama mereka?
'Mungkar' agama ini bukan sahaja tertakluk kepada agama Islam sahaja tetapi agama lain juga dilihat begitu serius sekali penganutnya memperkosa agama sendiri demi mencari keuntungan dan kekayaan. Bila sudah kaya mereka terus-terusan melanggar perintah agamanya untuk melayan tuntutan nafsu serakah mereka. Apakah agama lain melihat isu penjenayahan ini adalah sesuatu yang ringan?
Mengapa begitu mudahnya agama lain memberi kebebasan dalam fitrah mereka, tiadakah hukum yang sesuai atau apakah hanya hukum jenis sivil atau ciptaan yang wujud sekarang merupakan satu hukuman yang memadai? Apakah agama lain hanya menurut sahaja hukuman yang digunakan oleh kerajaan yang memerintah?
Misalnya judi, minum arak dan zina memang dilarang agama lain, mengapa perkara ini masih berleluasa? Malaysia mencatatkan aktiviti judi sebagai satu pendapatan negara dan kebanyakannya dimiliki oleh orang bukan Islam?
Adakah fungsi agama lain tidak begitu teguh di masyarakatnya. Atau apakah agama keturunan mereka itu begitu lemah sekali sehingga penganutnya wewenang melakukan apa sahaja, membuka pusat-pusat perjudian dan bar-bar, atau kedai-kedai minum arak? Serta pusat-pusat hiburan yang menjurus ke arrah perbuatan maksiat dan zina.
Atau ramaikah dalam kalangan agama mereka murtad dan mengaku penganut atheis atau tidak bertuhan?
Penganut agama lain ini harus sedar dalam perbuatan mereka, rujukan dan anutan agama bukan sekadar sesuatu yang ringan dan boleh dipermainkan. Jika dalam Islam hukum hakam dan segala tingkah laku amat teliti dan mempunyai hukuman-hukuman yang wajar dengan kesalahan mereka. Islam sebagai satu cara hidup yanng sempurna harus diakui oleh pelbagai lapisan penganut agama lain kerana lengkap dan sempurna dalam segala segi dan cara hidup, politik, ekonomi, sosial, budaya, adat resam, seni, sukan dan sebagainya terkandung dalam sirah Islam.
Kebejatan sosial yang datang dalam pelbagai warna seperti penawaran seks dan pekerjaan yang terarah kepada kegiatan yang tidak bermoral dilihat lebih kepada orang yang bukan beragama Islam. Mengapa ini terjadi?
Sebagaimana yang telah dihuraikan di atas, konteks agama lain yang menjadikan dunia sebagai 'syurga' kepada mereka menyebabkan mereka tidak peduli isu moral dan larangan agama ini, apa yang mereka cari hanyalah 'keseronokan' dan 'harta kekayaan' semata-mata. Benarkah dakwaan ini?
Jika ditelusuri asal-usul dan faktor mengapa gadis cantik sanggup menjadi pelacur, kebanyakannya akan berkata soal hidup lebih penting dari soal mati. Isu jenayah bertindan misalnya ditipu teman lelaki dan sebagainya kemudian dijual atau 'terpaksa' kerana dibebani dengan berbagai hutang dan seumpanya yang menjadikan mereka ini terjerumus ke lembah hina ini hanya dilihat sebagai satu tajrid yang besar, remeh dan tidak munasabah. Isu kesedaran sendiri menagani sistem langit terbuka menjadi wahana paling ketara.
Persoalannya: Apakah isu agama atau desakan hidup mengejar kemewahan, menjadi faktor serba salah mereka terjerumus ke lembah ini?
Di mana tangan-tangan agama mereka yang konon jumud bagi mereka itu? Mengapa hanya Islam sahaja yang gopoh-gapah mengekang gejala ini? Di mana agama lain? Apa fungsinya? Berdiam diri atau menggalakkan maksiat mendapat satu pahala bagi mereka dalam agama mereka?
PAS sokong larang wanita Islam jadi GRO
Khairil Abdul Rahim
KUANTAN, 28 Julai: Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan.
Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Husin, berkata apa yang diharapkan ialah peraturan tersebut dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tidak bermusim.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob semalam yang akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.
“Peraturan yang baik menurut Islam tetap kita sokong, seperti diwartakan kerajaan Kedah baru-baru ini yang menghalang orang Islam masuk ke pusat-pusat hiburan.
“Sebenarnya bukan setakat pusat hiburan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga telah menggazetkan peraturan agama larangan orang Islam memasuki kedai judi, tetapi penguatkuasaanya sampai sekarang terus didiamkan.
“Sebab itu kita sokong tindakan terbaru MPK tetapi tidak mahu pernguatkuasaan bermusim, biar konsisten,” katanya kepada Harakahdaily.
MPK dalam kenyataan rasminya semalam bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.
Tambah kenyataan tersebut, hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.
Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan.
Menurut kenyataan yang memetik Datuk Zulkifli itu, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.
Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.
Dalam pada itu, Syed Anis berkata, satu masa dulu Kuantan pernah terkenal dengan panggilan ‘Hatyai Pantai Timur’, yang menggambarkan betapa bandar ini menjadi pusat maksiat.
Justeru inilah masanya untuk membendung atau membuang imej yang tidak baik seperti itu.
“Inilah menunjukkan pentingnya ada kuasa untuk mencegah maksiat. Kita tidak mahu kuasa agama di bawah kerajaan negeri hanya setakat tengok anak bulan untuk tentukan puasa dan raya sahaja, barulah Islam duduk di tempat tertinggi.
“Kita tidak nafikan mungkin ada tekanan dalam penguatkuasan. Jangan berpilih, contoh tangkap orang tak berpuasa di restoran murah saja sedangkan di hotel-hotel besar terlepas.
“Ambil perhatian juga pondan-pondan yang berkeliaran di Jalan Wong Ah Jang,” ujarnya.
Mengenai kemungkinan GRO yang diterpaksa berhenti kerja, Syed Anis berkata kerajaan juga kena fikir apa persediaan untuk masa depan dan kehidupan mereka termasuk memberi pendedahan dan latihan kerja.
Tambahnya, Islam bukan saja mencegah tetapi juga menyediakan jalan penyelesaian jalan keluar betapa prihatinnya Islam.
“Kalau betul-betul peraturan dilaksanakan menurut Islam, PAS mesti sokong penuh. Kita doakan semoga yang dipilih menjadi penguatkuasa itu diberi kekuatan oleh Allah,” katanya.
Pada satu ketika dulu penguatkuasa di Pahang pernah dihebohkan apabila menangkap seorang model sambilan, Kartika Sari, kerana meminum arak di tempat umum.
Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman sebat.
Khamis, 28 Julai 2011
Agama lain harus menghukum pesalah mengikut agama mereka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan