Sabtu, 16 Julai 2011

Skandal intip: Murdoch minta maaf, dua eksekutif kanan undur

LONDON, 16 Julai — Pemilik konglomerat media gloRupert Murdoch memohon maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa skandal intipan menerusi telefon oleh salah satu akhbar tabloidnya dan pada masa yang sama menerima keputusan dua eksekutif kanan beliau Rebekah Brooks dan Les Hinton meletakkan jawatan.
Rupert Murdoch meninggalkan flatnya di tengah London, pada 10 Julai lalu, bersama Rebekah Brooks. — Foto Reuters
Murdoch membuat permohonan peribadinya kepada ibu bapa seorang remaja perempuan yang dibunuh, yang akhbar mingguan berusia 168 tahun News of the World itu didakwa telah menceroboh perbualan telefon selepas budak itu dilaporkan hilang pada 2002.

Laporan mengenai isu itu telah disunting oleh Brooks and diselia oleh Hinton.

Skandal itu telah membawa kepada keputusan Murdoch untuk menutup News of the World, edisi Ahad yang paling laris di Britain, awal bulan ini dan menggugurkan usaha membeli saluran televisyen berbayar BSkyB.

Murdoch telah mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa itu semalam.

Malah skandal terbaru ini telah menjejaskan genggaman Murdoch, 80, dalam arena politik Britain sejak tiga dekad lalu, bermula era kepimpinan Margaret Thatcher sehinggalah Perdana Menteri semasa David Cameron.

Krisis dunia media ini juga telah memaksa Murdoch yang mempunyai rangkaian media di Amerika Syarikat dan Australia membuat permohonan maaf secara terbuka dan memaksa pihak-pihak terlibat agar bertanggungjawab.

Satu permohonan maaf secara langsung daripada Murdoch, yang turut dipanggil untuk menjawab soalan-soalan jawatankuasa Parlimen Selasa depan, akan dibawa oleh kesemua akhbar kebangsaan Britain hujung minggu ini di bawah tajuk “Kami minta maaf”.

Teks itu dikeluarkan oleh News International.

Dowler ditemui mati enam bulan selepas dilaporkan hilang. Polis sedang menyiasat untuk mengetahui sama ada seseorang yang dilantik oleh News of the World bukan sahaja mendengar peti suara telefon bimbit kanak-kanak berkenaan tetapi juga telah memadamkan sebahagiannya untuk ruang simpanan susulan.

Brooks, kini berusia 43 tahun, merupakan editor News of the World dan telah menafikan tahu-menahu amalan sedemikian ketika itu.

“Dia meminta maaf banyak kali,” kata Mark Lewis, peguam keluarga Dowler.

“Saya tidak fikir seseorang akan memohon maaf begitu banyak kali dengan meletakkan tangan di kepala,” kata beliau.


Source: http://www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code