Jumaat, 15 Julai 2011

Pengawal keselamatan dituduh bunuh pelajar perempuan 16 tahun


JOHOR BARU 15 Julai — Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Masai bulan lalu.

Tertuduh D Kalaiselvan, 46, hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh. Kes berkenaan akan disebut semula 20 September ini.

Laporan Bernama Online menyebut mengikut kertas pertuduhan dia didakwa membunuh Nur Rahayu Qomarodin di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini antara pukul 2. 30 pagi dan 2. 50 pagi 18 Jun lalu.

Kalaiselvan didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Keluarga mangsa turut melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi kes berkenaan.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code