Apalah malang setelah berhempas pulas meredakan kebangkitan rakyat di negara sendiri dan mengambil keputusan untuk bercuti ke luar negara 'konon' atas jemputan. Betulkah 'atas jemputan' atau mungkin mereka yang beriya-iya benar nak ke sana, maklumlah marhaen tak pernah tengok pun surat jemputan itu. Apapun kejadian 9 Julai jelas mencerminkan kelemahan dalam pengurusan politik Najib.
Apakah Najib tersilap langkah?
Atau apakah memang benar Najib lebih redha memerangi rakyatnya sendiri berbanding tentera Amerika dan Nato?
Peristiwa yang berlaku ini bukan saja menghambat Najib dari pelusuk negara saja malahan seluruh ceruk dunia di mana Najib bertapak slogan 'kuning' menghantui Najib, mengosek, menghambat ke mana saja Najib pergi. Lenakah lagi tidurnya? Berdengkurkah lagi Rosmah?
Andai tiada lagi kesedaran untuk berubah maka tiadalah sudah sivik dalam diri Najib sendiri.
Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.
Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.
Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.
Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.
Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
0 comments:
Catat Ulasan