Semangat perjuangan menentang kecurangan Umno dalam mempertahankan SPR sebagai badan penyelamatnya semasa pilihan raya dapat ditunjukkan oleh persefahaman antara kaum yang bergerak bukan atas dasar politik semata-mata, tapi jauh dari itu dapat disimpulkan bahawa pemerintah sekarang bukan berjiwa rakyat...
BERSIH: Kita disatukan KERANA kezaliman
Menceritakan pengalamannya pada perhimpunan tersebut, Wong (GAMBAR) berkata perhimpunan tersebut menggambarkan persaudaraan "1Malaysia yang bersih" antara kaum.
Wong (kiri) berkata, perhimpunan itu juga turut melahirkan "Malaysia 2.0" kerana berjaya menghilangkan rasa was-was dan prasangka antara kaum, budaya, warna kulit dan agama.
Ini kerana, dakwanya kemerdekaan yang dikecapi selama ini "tidak berjaya memerdekakan diri sepenuhnya" di kalangan rakyat Malaysia.
"Tuhan menciptakan (manusia) berlainan (bangsa dan budaya) supaya kita berkenal-kenalan. Dalam tempoh itu kita saling mensyaki antara satu sama lain.
"Kita disatukan oleh kezaliman... 1Malaysia tinggal sebagai propaganda," katanya.
-MK
Sabtu, 16 Julai 2011
SATU MALAYSIA PROPAGANDA MURAHAN UMNO!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan