Rabu, 27 Julai 2011

SELESAI TOK KETAMPI BOGEL

Kes ketuk-ketampi selesai luar mahkamah

KUALA LUMPUR - Saman terhadap kerajaan oleh seorang wanita yang dipaparkan dalam rakaman video semasa sedang melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006, diselesaikan di luar mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu dalam kamar dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak.

Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, seorang surirumah, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel), yang didakwa membuat rakaman itu ketika dia sedang melakukan ketuk-ketampi tanpa berpakaian, dan kerajaan selaku responden.

Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, yang mewakili surirumah berkenaan, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden.

Ditanya mengenai kuantum ganti rugi, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya. - Bernama

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code