Rabu, 27 Julai 2011

ASKAR SEPATUTNYA BELAJAR BUAT SENJATA

PASUKAN KESELAMATAN seperti tentera negara ini seakan kurang berfungsi dan seolah dilihat sebagai satu badan yang tidak aktif, macam makan gaji buta sahaja kerana Malaysia bukanlah sebagai sebuah negara yang suka berperang dan langsung tiada peperangan. Lantaran itu tentera/askar dan seumpanya yang berkhidmat buat masa ini sepatutnya mengambil langkah-langkah yang lebih progresif dan komprehensif bagi meningkatkan lagi mutu keselamatan negara ini.

Sepatutnya pasukan yang menjadi anak emas kepada kerajaan Malaysia ini membangunkan sendiri senjata berat dan jentera perang mereka sendiri. Hal ini dapat mengurangkan import dan pembelian senjata mahupun jet pejuang dari negara luar yang sekali gus merugikan negara. Ciptaan-ciptaan senjata yang bukan hanya tertumpu kepada senjata jenis ringan sahaja bahkan senjata yang lebih hebat termasuklah senjata kimia mahupun biologi.

Sebagai sebuah negara yang kian meningkat maju, sistem pertahanan juga sangat penting kepada negara, namun andainya pihak tentera tidak pandai membuat senjata sendiri sebaliknya hanya tahu menggunakan sahaja. Ini menunjukkan Malaysia masih jauh untuk menjadi negara maju. Hinggakan peluru senjata yang ringan juga terpaksa diimport, apatah lagi yang berat.

Pembangunan r&d dalam bidang jentera dan pengangkutan sepatutnya telah lama wujud di negara ini. Kebergantungan persenjataan dari negara luar masih menunjukkan bahawa tentera di Malaysia masih tidak mempunyai skil dan kemahiran dalam teknologi perang. Justru tentera dan askar disaran agar menceburi masa terluang mereka dengan perkara-perkara yang membantu mengurangkan kos pembelian senjata dari luar negara.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code