Rabu, 6 Julai 2011

POLIS DAN UMNO TAKUT DENGAN BERSIH?

Inilah yang dikatakan sikap dan sifat orang yang sayangkan kuasa, meskipun salah namun tetap dipertahankan juga walau dengan apa cara sekalipun, merampas baju bersih dengan menangkap peniaga kecil yang cuba mencari makan dengan hasil jualannya bukan mencerminkan atitud yang profesional, bukan pula budaya dan sikap sebenar masyarakat melayu yang cintakan demokrasi, jika selama ini Umno sering melaungkan Malaysia sebuah negara demokrasi, sebarang percubaan untuk membangkitkan semula ideologi komunis ditangkap dan disekat...betapa bencinya masyarakat Malaysia terhadap komunis, begitu menebalnya sentimen yang tertanam padu dalam lubuk hati sanubari rakyat Malaysia yang dicanang oleh Umno dan kaum kerabatnya.


Sehinggakan tanpa disedari kebencian yang menebal itu telah diterjemahkan dalam konsep penangkapan dan hukuman yang berat andai sesiapa yang berani dan cuba untuk mengulang semula peristiwa hitam itu. Andai ada orang yang cuba merasa bangga dengan tokoh-tokoh dan perjuangan komunis 50 dan 60 tahun lalu, dengan menulis buku yang tidak kurang hebatnya berbanding buku tokoh-tokoh lain yang konon berjasa besar kepada negara, mereka ini akan diugut dan disiasat di bawah akta ISA, inilah cara yang diamalkan di negara ini sejak sekian lama yang konon mengamalkan demokrasi...

Padahal jika dilihat dari satu sudut yang lain, sebenarnya apa yang ditakuti oleh rakyat Malaysia selama ini konon ideologi komunis haram dan dicop dengan berbagai label negatif, tapi ironinya sistem yang diamalkan di Malaysia ini lebih komunis dari parti komunis yang asal. Langsung tidak demokratik dan tidak menjurus ke arah negara yang demokrasi, memanipulasikan berbagai pihak untuk mengekalkan kuasa, terutama menturun-temurunkan ke anak cucu tampuk pemerintahan kepada sesuatu keluarga sahaja dari satu generasi ke satu generasi, negara komunis pun tidak pernah mengamalkan sistem ini, kecuali sistem beraja dan sistem feudal.

Sebaliknya pula rakyat negara ini digalakkan untuk melancong ke negara-negara blok komunis. Pelik,apa sebenarnya yang terjadi kepada rakyat negara ini? Masih ramai lagi yang tidak sedar, betapa negara ini, kini telah ditadbir dan diperintah oleh parti yang lebih komunis dari negara komunis sendiri. Selama ini kita mengecam parti komunis yang mengamalkan dasar yang tidak sihat, kita menentang kerana tiada perdamaian dengan komunis, kita tentang mereka. Betul. Tapi apakah kita juga tergolong dalam golongan komunis itu sendiri?

Fenomena pengharaman sebarang bentuk yang tidak selari dengan ideologi kerajaan semuanya disekat dan dulas berlebih-lebihan. Kerajaan yang memerintah sering memperlekehkan parti lawan dengan berbagai kesalahan yang tidak munasabah, peruntukan kepada kerajaan pembangkang yang mentadbir negeri juga tidak sama, jika adapun disalurkan melalui parti-parti politik kerajaan yang memerintah? Media-media besar yang ditaja kerajaan mahupun yang swasta, harus memberikan liputan yang hanya menyokong segala tindakan kerajaan sahaja, apa yang pembangkang mampu lakukan dalam media arus perdana? tiada apa-apa, sesi parlimen yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 langsung tidak memberi peluang rakyat mendengar hujah dan cadangan pihak pembangkang, hanya menteri yang mulut banyak sampai berbuih air liur keluar sahaja yang disiarkan, krisis media ini tidak langsung sama rata, isu kenaikan harga barang juga langsung tidak memberi peluang kepada peniaga, kerajaan boleh naikkan harga barang utama seperti minyak, gula dan sebagainya, sebaliknya peniaga kecil semakin kurang keuntungan rucit dengan marginal keuntungan semakin mengecil. Tidak pernah pun diambil peduli oleh kerajaan terutama jika orang itu tidak menyokong kerajaan. Apakah sistem ini masih boleh dianggap demokrasi?

Kita bangga dengan negara kita yang didakwa sebagai aman dan sentosa, namun mengapa kita juga sering mengganggu hal ehwal negara luar, andai negara kita sendiri tidak pernah mengamalkan dasar buka pintu, mana mungkin negara orang juga akan membuka pintu dan malu dengan kita....



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code