Meskipun Perhimpunan Bersih tidak dibenarkan dijalanan, bimbang 'huru-hara', dan Umno yang bongkak dan bongok bersorak-sorai dengan mengatakan itu satu kemenangan kepada mereka....mereka silap sebenarnya. Berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang najis. Itulah ungkapan yang selayaknya diberikan kepada mereka. Secara psikologinya mereka kalah teruk...
Jika dulu ruang dan peluang untuk berhimpun secara sah tidak pernah diluluskan, tapi kini Umno semakin gerun sehingga terpaksa memberi ruang dan peluang untuk pembangkang berbuat demikian. Sekurang-kurangnya hasrat untuk berjumpa dengan Yang diPertuan Agung juga terlaksana. Selepas ini mungkin perhimpunan Bersih ini akan menjadi acara tahunan kepada pembangkang untuk mengadakan perhimpunan dan menyampaikan amanat-amanat penting kepada ahlinya secara lebih tersusun dan selesa. Tiada lagi gangguan dari juak-juak umno seperti perkasa yang tidak seperkasa mana, dari patriot yang berani dengan perempuan sahaja.
Kini, suara Bersih sudah mula menjadi topik utama dan semua lapisan masyarakat sudah kenal akan bersih. Tahniah Bersih, semoga segalanya akan berjalan dengan lancar dan Najib dapat menunaikan janjinya. Jika tidak, bolehlah dikatakan bahawa Najib Seorang Pendusta!!! bersih akan menjadi suatu hari yang bersejarah dalam sistem pendemokrasian negara yang kurang kesan demokrasinya tetapi lebih menjurus ke arah komunisme.
Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini. Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.
"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan. "Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong. "(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.
Source: http:http://www.malaysiakini.com
0 comments:
Catat Ulasan