Menurut satu sumber, PRU-13 adalah satu medan pertempuran politik alaf baru dalam dunia cyber. Benarkah Umno-BN kini sudah goyah dan bakal tumbang? Tersungkur ke bumi dengan mati kujut dan terpinga-pinga macam orang sasau yang dibakar punggungnya?
Apakah kenyataan yang bakal ditelah itu adalah satu kenyataan ataupun hanya satu omongan kosong yang tidak mungkin tercapai dik tangan yang menghulur? Sekiranya Umno tumbang, apakah penyebab utamanya? Mungkinkah kekotoran yang bersalut dalam seluruh pentadbiran Umno dengan pelbagai isu sensasi yang menyemarak semangat rakyat?
Setelah bertapaknya pembangkang di 4 buah negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, manakala Perak bolehlah ditakrifkan sebagai pengambilan balik secara paksa dengan penggunaan helah yang terancang serta berat sebelah. Bagi rakyat yang tidak buta isu ini sangat nyata dan jelas mempunyai unsur kuku besi dan ianya tak lebih sama saja macam komunis malah lebih teruk dari komunis lagi. Justru yang tinggal kini hanyalah 4 buah negeri di bawah parti yang selama ini dianggap sebagai pembangkang picisan malah tidak pernah pun dianggap suatu ancaman besar kepada sistem pentadbiran kerajaan yang memerintah.
Muhyiddin Yassin sendiri mengakui dalam berita yang disiarkan oleh astro 501 pada 26 Jun 2011, bahawa beliau adalah seorang pakar dalam politik dan tahu selok-belok politik yang berlaku di Malaysia. Jadi, apakah Muhyiddin juga sanggup melakukan sesuatu yang di luar batas pengetahuan umum semata-mata untuk partinya dapat kekal lama? Sehingga menyatakan bahawa budaya demonstrasi tidak pernah berlaku di Malaysia? Sedangkan umum mengetahui bahawa berhimpun secara beramai-ramai itu sering berlaku di Malaysia ini? Perarakan kepala lembu misalnya, siapa yang lakukan? Mengapa polis lambat bertindak? Mengapa? Siapa dalangnya? Nampaknya jika Umno yang buat ianya perkara biasa dan ok? [klik di sini]
Jika Umno membenarkan Bersih dibuat secara tertutup, nanti akan dikatakan pula Umno telah tewas secara psikologinya. Maka Umno akan terus mencanang pula dengan mencari berbagai alasan termasuk juga polis yang malas bekerja, untuk menghalang bersih dari dilaksanakan. Budaya tipu helah Umno ini telah lama berlarutan dalam masyarakat Malaysia. Nanti akan dikatakan bahawa bersih terpaksa melalui beberapa proses untuk berjaya dilaksanakan.
Pada mulanya stadium merdeka yangn menjadi tempat persetujuan Najib kepada Bersih, tapi kini sekali lagi babi-babi Umno serta anjing-anjing terlatihnya menyalak, melalak agar bersih ini dihalang....kononnya takut regim umno jatuh kerana disitulah tempat yang dikatakan bermulanya merdeka. Mengapa umno begitu obses dengan bersih. Gerunkah? Takutkah?
Jika bersih yang ingin dibuat dijalanan dikatakan mampu membawa huru-hara dan tidak disenangi oleh Umno, mengapa pula secara tersusun juga menjadi begitu payah untuk dibenarkan. Apakah maksud ini semua?
Anjing-anjing terlatih dalam bidang perburuan juga bakal akan menggigit tuannya andai akhirnya tuannya yang mati tidak lagi mampu memberi makan kepadanya lagi, begitu juga dengan 'babi tanah-babi tanah' umno yang makan secara menyondol akhirnya bakal menyondol tuan yang menjaga projek kerana tidak lagi mampu menanggung serta menyara babi-babi yang tidak setia ini?
Tersembam dan tersungkurnya Umno nanti bakal menyebabkan binatang-binatang peliharaan ini, bertempiaran lari dan menderhaka kepada tuannya, justru walau terpaksa bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu punah dagu bertongkat kuku sekalipun Umno mesti pertahankan kekuasaan meskipun secara paksa....Persoalannya. Tumbangkah Umno????
0 comments:
Catat Ulasan