Khamis, 21 Julai 2011

PAS PEMBOHONG: ADNAN LEBIH LAGI

ADNAN YAAKOB selaku Menteri Besar Pahang mendakwa bahawa PAS berbohong untuk memberi tanah kepada rakyat...krahhh krahhh krahhh apple lerr!!!. Padahal Adnan lebih menipu dari PAS...Siapa yang dapat banyak tanah kat Pahang, adakah orang Melayu?

Apa salahnya kalau PAS menawarkan tanah kepada rakyat sebagai habuan sekiranya dapat menang pada pilihan raya nanti? Bukankah lebih baik dari UMNO yang langsung tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat. Lagipun mengedar borang permohonan memiliki tanah itu lebih baik berbanding menyembunyikan tanah kosong dari pengetahuan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan penduduk Pahang agar tidak terpedaya dengan janji PAS untuk memberikan tanah kepada mereka jika parti itu berkuasa di Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, PAS dipercayai mengedar borang permohonan tanah kepada orang ramai kononnya sebagai usaha memperjuangkan hak rakyat.

"Semua janji ini bohong, tiada janji sebenar atau yang tepat malah semuanya satu pembohongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Masyarakat, di Kuala Lipis, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PAS Raub yang mengedar borang permohonan tanah kepada penduduk di daerah itu.
Adnan berkata, kerajaan Pahang akan mengadakan penerangan kepada rakyat berhubung status permohonan tanah di negeri itu supaya mereka mengetahui dan memahami situasi sebenar.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mungkin mengenakan wang cagaran jalan lebih tinggi kepada pengusaha lombong yang menggunakan jalan luar bandar, jalan pertanian dan jalan kampung di negeri itu untuk mengeluarkan hasil lombong.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan kerajaan menggunakan wang itu untuk membaik pulih jalan yang rosak akibat dilalui kenderaan berat.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code