Khamis, 21 Julai 2011

SPRM BEBAS: TEOH BENG HOCK BUNUH DIRI


Setelah dibuat penelitian, sejak kebelakangan ini kes-kes yang melibatkan institusi kerajaan dan orang-orang kuat politik terutama penyokong tegar UMNO khasnya jika dibicarakan di mahkamah pihak yang melawan mereka ini tidak mungkin akan menang. Banyak kes-kes sebelum ini jika melawan kerajaan pasti kalah dan sudah banyak bukti mengenainya sekiranya kes itu melibatkan kerajaan, maka individu yang terbabit akan didakwa sendirian dan kerajaan pula akan lepas tangan. Inilah amalan pengadilan mahkamah di Malaysia.

Satu lagi kes besar yang tertunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia ialah kes Toyo yang menjadi satu isu hangat. Apakah Toyo bakal dilepaskan? Atau hanya denda yang tak seberapa? Tengoklah nanti. Tapi rasanya, penjara jauh sekali dikenakan kepada Toyo. Hanya denda sahaja. Kalau tak pun bebas terus tiada sabitan kerana saksi berbohong atau teknikal error.

Bagi kes kematian yang dikaitkan dengan SPRM, setakat ini 2 kes kematian yang melibatkan agensi terbabit. Seperti biasa kedua-dua kematian itu telah diputuskan satu 'Bunuh diri' bagi TBH dan satu lagi 'Dibunuh pun tidak, bunuh diri pun tidak' bagi Sarbaini. Keputusan yang pelik ini pada dasarnya berpihak kepada kerajaan. Susah untuk orang awam menyaman kerajaan kerana pasti akan berpihak kepada kerajaan pada akhirnya. Dengan berbagai alasan dan teknik penghakiman dan tribunal. Sama seperti kes orang awam yang menyaman kerajaan dalam isu Bersih 2.0, kes ini nampaknya tidak akan berkesan dan paling kuatpun akan ditangguhkan dari semasa ke semasa sehingga ke satu masa akan digugurkan dengan sendiri sahaja. Tengoklah nanti!

Taktik ini bagi UMNO dan Peguam Negara Ghani Patail adalah satu perkara yang sangat biasa mereka lakukan. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh orang awam, buat laporan keganasan polis, laporan di buat kepada polis...eloklah tuh...Pukul nyamuk kat pipi sendiri, nyamuk tak kena pipi naik birat...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.


Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.
Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code