Isnin, 25 Julai 2011

Pakatan tolak sistem biometrik SPR

Sudah terang lagi bersuluh...UMNO konon mengamalkan agama Islam di Malaysia suka berbohong, begitu juga MEMBAZIR. Islam kepala hotak UMNO macam tu...Mengapa nak guna sistem yang mahal, sedangkan sistem yang lebih murah dan terjamin kebolehpercayaan tidak mahu diterima, jangan tergopoh-gapah mengekar teknologi kerana teknologi ini sentisa berubah, hari ini kamu guna biometric dan membelanjakan berjuta ringgit, esok teknologi yang lebih baik akan muncul lagi...teknologi selalu berubah...tapi kepala hotak SPR dan UBN yang tidak berubah.

Dalam setiap teknologi ada kelemahannya, jadi tidak berbaloi andai wang yang banyak ini, dilaburkan hanya untuk 4-5 tahun sekali. Gunalah sistem yang ramai orang guna dan berkesan, meski beza undi yang tidak besar, sekurang-kurangnya nampak dengan jelas keadilannya.

SHAH ALAM, 25 Julai — Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian untuk menolak sistem biometrik yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem itu kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangor ku di sini malam tadi.

Seiring dengan pendapat Dr Wan Azizah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sistem biometrik lebih berisiko untuk dimanipulasi pihak berkepentingan walaupun ia boleh melakukan proses pengesahan pengundi secara elektronik.

Katanya, perkara ini lebih ketara memandangkan pemberian kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa kebelakangan ini, lapor The Malaysian Insider.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem itu.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code