Kaki Kencing 1 Malaysia |
Siapa yang tidak kenal dengan bapak penipu 1Malaysia ini, Kaki kencing dalam mata dan berak atas kepala ini semua orang sudah kenal. 1Malaysia dikencing dan diberaknya kemudian ditinggalkan begitu saja dengan tak payah basuh....
Apa boleh buat, sudah menjadi hobinya demikian. Aziz dan Najib menipu sekali lagi dengan mengarahkan penggunaan biometrik sekali gus menolak tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0. Keputusan tergesa-gesa yang dibuat ini atas dasar membalas dendam dan ego UMNO sahaja meskipun terpaksa memakan kos yang tinggi. Mereka tidak mahu tunduk dengan tuntutan rakyat yang mahukan penggunaan dakwat kekal bagi mengelak berlakunya pengundi mengundi kali kedua.
Helah ini dilihat dari dimensi yang berbeza:
1. Dari sudut penawaran projek perbekalan. Sudah tentu setiap projek ada pembekal yang dipilih. Soalnya siapa? Adakah kira-kira disebalik ini semua akan memberi kelebihan kepada kepala-kepala besar ini?
2. Penolakan penggunaan dakwat kekal telah didakwa oleh Wan Ahmad sebagai tidak boleh digunakan kerana melanggar perundangan, apakah perundangan itu masih belum jelas, tidak dinyatakan dengan terperinci. Bukankah undang-undang 'anta' yang bikin? Apa susah?
3. Penggunaan dakwat juga telah didakwa oleh Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi SPR sebagai 'tidak selamat'. Apakah yang dimaksudkan demikian juga belum mendapat taklimat lanjut berhubung keselamatan ini. Apakah untuk menyelamatkan UMNO atau menyelamatkan SPR yang selama ini berlindung di bawah ketiak UBN?
4. Helah penggunaan Biometric ini juga memerlukan masa untuk dilaksanakan, jadi helah yang paling besar ialah adakah kelambatan proses ini menyebabkan biometric tidak dapat dilaksanakan pada PRU-13? Maka jika 'niat sebenar' oleh UBN untuk menyelamatkan legasinya, kerana Najib sendiri mengatakan sekiranya sempat digunakan 'kita akan gunakan'. Sebaliknya jika tidak sempat, masih adakah alternatif yang boleh menjamin bahawa pilihan raya nanti adalah sesuatu yang telus? Nampaknya wujud satu set atau pola politik yang cuba dimainkan oleh Najib dengan melengah-lengahkan usaha ini.
Menurut Muhyiddin, pilihan raya sudah dekat mungkin lebih kurang 3-4 bulan lagi. Jadi adakah perlaksanaan sistem Biometric ini sempat atau tidak?
Persoalannya, penggunaan Biometric yang dicanang oleh SPR dan Najib ini mampukah mengekang pengundi hantu yang sering menghantui di setiap pelusuk dan ceruk peti undi di seluruh negara?
0 comments:
Catat Ulasan