MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) tidak perlu berpolemik isu terorism di Malaysia kerana kewujudan yang didakwa didalangi oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin sebagai satu perkara yang tidak patut wujud dalam pemikiran MKN. Perkaitan antara penganut wahabi dan terorisme adalah satu rumus yang kurang bijak dan tidak masuk akal. Perkaitan ini berdasarkan hanya terdapat beberapa kes dan contoh terpencil serta halus sahaja.
Apatah lagi perkaitan ini membabitkan beberapa tokoh yang dilihat sebagai anti UMNO, justru pelabelan ini dijadikan sebagai asas untuk membuat tuduhan dan dakwaan. Antara tokoh yang terlibat selain Dr Asri ialah Hj Hadi PAS, Shahidan Kassim UMNO, dan Dr Juanda Mufti Perlis yang lantang suka menempelak dan jelas dalam menyuarakan sesuatu yang kontroversi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Lantaran kehadiran seorang Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi dalam kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”
Soalnya mengapa isu yang reme-temeh ini cuba dibangkitkan malahan dituduh situasi ini berkait denga Jemaah Islamiah yang kelihatan begitu ekstrem dalam perjuangannya terhadap Islam. Apakah MKN tidak mengetahui dengan terperinci akan geoislamik di Malaysia sehingga tuduhan melulu ini dibuat?
Andai MKN sebagai badan yang betul-betul berfungsi menguruskan sistem keselamatan negara, mengapa tindakan dan terorisme sebenar yang bertopengkan kerajaan tidak diambil tindakan?
Secara yang lebih logik umum mengetahui terorisma yang sebenar di Malaysia ialah PDRM, inilah sebenarnya yang mengancam rakyat, bukan sahaja menimbulkan banyak huru-hara di Malaysia, tapi memecahbelahkan rakyat dengan maklumat-maklumat dan tindakan yanng sangat tidak patut.Membeli parang dan senjata di sebuah kedai di Kuala Kangsar, membuat bom tiruan dengan menggunakan botol plastik, setelah suspek gagal ditangkap, menuduh perbuatan itu didalangi oleh pasukan Bersih 2.0 kerana terdapatnya baju kuning Bersih 2.0. Inilah para terorisme yang sebenarnya yang patut dibincangkan dalamesyuarat MKN bukan isu wahabi dan terorisme.
Jika Najib hari ini bercakap tanggungjawab kerajaan membela keselamatan rakyat yang berniaga disekitar tempat perhimpunan Bersih 2.0. Berapa kerat sahaja yang rugi? Sedangkan rakyat yang terlibat berpuluh ribu, Apakah Najib hanya ingin membela sekerat yang kecil dari kebanyakan yang datang berdemo? [klik sini]
Kesimpulan yang paling mudah jangan cuba menimbulkan isu yang boleh memecahbelahkan umat Islam sendiri, keadaan ini sepatutnya tidak perlu muncul dalam sejarah terorisme di Malaysia. Apakah MKN sudah tidak ada kerja lain untuk dibuat?
Isu keselamatan negara bukan datang dari orang-orang seperti yang dituduh tersebut, sebaliknya datang dari kerajaan yang memerintah ini sendiri. Segala tipu helah yang cuba disekat tidak akan menjadi kerana adanya kebenaran. Malangnya bila timbul kebenaran dengan kuasa yang ada kerajaan cuba menutup kebenaran itu, contohnya seperti Zahid Hamidi yang cuba mendakwa sesiapa yang bercakap tentang kapal'tak' selam atau 'kapal timbul'. Logikkah?
Sekarang timbul isu untuk membeli jet pejuang yang baru dan menukarkan yang lama, secara logiknya sebelum membuat sebarang hebahan, kajian awal telah dibuat. Jadi, sudah tahukah Zahid yang Malaysia mempunyai wang yang cukup untuk berbuat demikian. Dalam perkiraannya tinggal lagi perbentangan kertas kerja yang jitu dan padat sahaja yang mampu meluluskan pembelian tersebut.
Sebenarnya pendekatan untuk meningkatkan keselamatan negara akan menyebabkan kos untuk kemajuan dan kemaslahatan rakyat akan terlepas dalam konsep 'kos melepas' ekonomi. Kadar pengangguran yang tinggi serta kadar pembuangan kerja yang meningkat. Subsidi rakyat terpaksa dikorbankan, pembangunan yang bersifat rakyat dijelmakan dengan kos dari rakyat secara langsunng, misalnya buat jalan raya, rakyat kena bayar tol dan sebagainya.Sedangkan di Malaysia rakyat yang miskin dan menderita masih ramai yang memerlukan bantuan kerajaan, keadaan ini selalu didedahkan di TV3 dalam ruangan Bersamamu, apakah itu masih satu keperluan? Apakah Malaysia kini mempunyai musuh yang dekat? Sehingga begitu perlunya menukar jentera pertahanan negara? Rasionalkah?
Lagipun, perbelanjaan negara dan pemimpin kerajaan begitu boros sekali, sehinggakan rakyat dapat terhidu keborosan ini melalui pakaian dan gaya hidup pemimpin itu sendiri, dengan cincin dan gelang sahaja sudah memakan kos puluhan malah ratusan juta ringgit. Sebaliknya kerajaan menguar-uarkan rakyat supaya hidup berjimat-cermat. Apakah Malaysia sekali lagi kembali ke zaman feudal yang hanya ada 4 golongan- Raja, Bangsawan, Petani dan Hamba?
Selasa, 26 Julai 2011
ANTARA WAHABI DAN TERORISME DI MALAYSIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan