Mufti Melaka DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH tidak berani berkata apa-apa dalam soal melanjutkan masa operasi pusat hiburan di Melaka semasa Ramadhan. Hal ini sewajarnya menjadi satu tanggungjawab kepada mufti tersebut untuk mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan berhubung perkara ini. Sikap berdiam diri ini jelas menunjukkan bahawa amalan agama Islam di Melaka di kuasai oleh orang yang bukan ahli dalam bidang agama iaitu Ali Rustam...
Patutlah orang Islam kat Melaka hidup dalam kemaksiatan yang berpanjangan rupa-rupanya mencari harta kekayaan dunia melebihi akhirat...
Muftinya pula tidak menjalankan fungsiya dega betul dan takut utuk melahirkan pendapat patutlah selama ini Melaka yang kecoh dengan isu babi kini kecoh pula isu kelab malam...
Ketahuilah...bulan Ramadhan ni adalah bulan yang mulia...jangan jadikan ia sebagai satu budaya yang berlanjutan dan hormatlah kepada agama rasmi ini.
Sungguh tak sangka Melaka yang terkenal dengan Hang Tuah, Hang Jebat dan Islam yang awal rupanya berakhir dengan penuh kejahilan di bawah regim Umno...
Kalau nak cari duit lebihpun bukan Ramadhan yang mulia yang harus dikorbankan dengan kemaksiatan.
Takkan Ali Rustam nak jaga hati pengundi Umno dengan menawarkan maksiat sebagai tukar gantinya...
Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang Islam. Sedangkan PAS sibuk ingin menutup pusat hiburan mamat ni pula nak lanjutkan masanya...Langsung tak Islamik..[klik di sini]
Isnin, 18 Julai 2011
MELAKA HALALKAN HIBURAN DAN MAKSIAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan