Isnin, 18 Julai 2011

Jenazah Dr. Lo' Lo' selamat dikebumikan


Kalau Presiden PAS yang boleh mengimami solat jenazah ahli parlimennya yang meninggal dunia, apa pula dengan kepimpinan Umno? Mampukah? Tapi kalau pasal berjumpa dengan ketua padri tu cepat pula perginya...maklumlah boleh berjalan-jalan kat luar negara...sambil shopping dan beli intan permata yang mahal.

Patutlah Rosmah buat projek Permata di bawah NKRA. Rupa-rupanya ada maksud disebalik itu. Untuk mendapatkan pulangan wang yang telah dibelanjakan untuk beli permata. Oohhh behitu rupanya...

Kali ini entah apa pula projek yang bakal dibuat Rosmah (Imelda) Malaysia. Untuk pulangan modal harga gelang yang dibelinya.

Antara projek-projek mega di bawah seliaan Rosmah ialah projek prasekolah yang dibuat di seluruh negeri berdasarkan beberapa sub projek. Semua yang memperolehi projek ini adalah orang yang mempunyai kepentingan kepada Umno dan 'kabel' atau penyangak yang dekat Kementerian Pelajaran Malaysia, siapa yang sanggup melabur kepada ular yang dekat sini maka dapatlah projek itu.

Lebih 2000 hadiri Pengebumian Dr Lo'Lo'

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code