Isnin, 18 Julai 2011

TAN SERI AZIZ (PENGERUSI SPR) DISARAN AMBIL CALON PADA PRU-13





Memandangkan pengerusi SPR berminat dalam politik tanah air terutama dalam membela pemeritahan Umno, maka disarankan agar beliau juga bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya ke-13 nanti. Ekoran keyataan-kenyataan yang dikeluarkan jelas menggambarkan minat yang mendalam beliau dalam arena politik Umno jadi apa salahnya beliau juga bertanding di atas tiket parti itu. Tidak ada salahya apatah lagi pangkat dan darjat sudah ada sebagai orang yang bergelar 'Tan Seri'. Segala kata-kata yang tidak masuk akal pun akan diterima rakyat marhaen, jadi adalah dialu-alukan supaya beliau sendiri bertanding dan berperang dalam area politik. Mana tahu satu hari anti boleh jadi PM, PM Tan Seri Aziz. Bukankah lebih sedap gelaran itu!

Bukankah pernah terlintas dihati untuk memegang jawatan PM Malaysia, takkan hanya Anwar Ibrahim saja yang berminat?

Saya akan sokong penuh jika Tan Seri ingin bertanding dan saya akan lakukan apa saja agar Tan Seri boleh menang!!!

Apa salahnya teknik dan taktik menipu sudah pun Tan Seri tahu, rasaya harapan untuk menjadi YB atau PM satu hari nanti akan lebih terang dan jelas.

Megapa tidak? Malaysiakan semua boleh! Boleh menipu! Boleh mengampu dan bodek! Boleh tuduh orang, fitnah orang! Boleh tangkap dan pukul orang! Boleh naikkan harga minyak sesuka hati, meski kita negara pengeluar minyak! Harga ayam, kos hidup yang semakin tinggi! Boleh tidur semasa sesi perbahasan di parlimen! 

Pendek kata, Malaysia ni boleh buat suka-suka dia saja! Jadi apa salahnya! Tidak salah! Tidak salah! Malaysia boleh!!!

Rakyat didahulukan (mampus) pencapaian (pemimpin) diutamakan! 1Malaysia 4 bini....!!!


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code