KEDAH, 27 Julai-kehadiran Najib ke Kedah adalah satu helah politik bagi mengambil hati penduduk dengan membelanjakan wang rakyat atas nama UMNO.
Najib yang sebelum ini dikaitkan dengan berbagai isu salah laku seperti rasuah pembelian kapal selam scorpene, menghalau peguam yang menyiasat kes ini. Najib juga terlibat dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibu tetapi dinafikan dengan berbagai teknik dan tipu daya.
Selain itu helah yang paling licik sekali ialah dengan menggunakan Saiful dalam tuduhan liwat II dan cuba mengelakkan diri dari memberi keterangan di mahkamah berhubung perjumpaannya dengan Saiful atas dasar apa. Saiful yang bersekongkol dengan Rosmah dalam isu liwat ini sepatutnya dipanggil oleh mahkamah bagi melancarkan proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tetapi dengan licik sekali Najib dan Rosmah bermain helah. Najib sepatutnya kena berani, berani kerana benar. Mengapa Najib sering kali berdolak dalik bila bercakap isu memberi keterangan di mahkamah. Mengapa begitu liat sekali Najib untuk berbuat demikian?
Bila terbongkar desas desus ini, Najib mengambil langkah berdiam diri dari bercakap berkaitan isu ini takut rahsianya terbongkar.
Bagaimanapun lambat laung perkara ini akan terbongkar juga kerana keadilan Tuhan itu ada di mana-mana.
0 comments:
Catat Ulasan