KUALA LUMPUR 27 Julai - UMNO dicabar supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selepas parti itu membuat keputusan menggunakan sistem biometrik yang ternyata membazir dan senang menipu, lagipun tiada jaminan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh tidak patut mempersoalkan hal ehwal parti PAS, lagipun UMNO yang terus menerima cadangan SPR tanpa menerima 8 tuntutan Bersih jelas mengenepikan permintaan rakyat terhadap ketelusan SPR, mengapa kerajaan menyokong biometric yang jauh lebih mahal hanya sekadar ingin mengesahkan identiti pemilih sahaja ini idea baru SPR yang ingin mencari keuntungan.
"Mereka (UMNO) jelas takut atas keputusan untuk menggunakan dakwat kekal yang memang tidak memihak kepada mereka yakni sokongan dan kuasa yang mereka dapat adalah daripada penipuan senarai pemilih selama ini.
"Ternyata UMNO sendiri serta pemimpinnya sengaja menghimpun pelbagai alasan dan jika terlalu banyak alasan, jangan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti," kata seorang penyokong PAS kepada pemberita di sini hari ini.
Jawatankuasa Pas Pusat semalam membuat keputusan menolak cadangan SPR berhubung penggunaan biometric, sebaliknya tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.
Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan UMNO menolak dakwat kekal kerana parti itu mahu memenangi pilihan raya umum akan datang dan SPR akan menggunakan biometrik sebagai senjata yang kuat untuk UMNO sekali lagi memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Saya sangat percaya jika SPR bersetuju menggunakan biometric seperti yang diminta UMNO, pastinya mereka akan menipu macam-macam termasuk kad pengenalan orang yang dah mati dihidupkan semula kerana sistem biometric itu juga dicuriga akan diambil kesempatan untuk disalahgunakan oleh Barisan Nasional (BN)," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau meminta kepada SPR supaya berfikir semasak-masaknya sebelum menggunakan kaedah biometrik pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya yakin, jika UMNO kalah mereka tetap akan salahkan PAKATAN kerana menggunakan dakwat kekal. Elok dikekalkan sahaja cara sebelum ini atau guna biometric," katanya.
Khamis, 28 Julai 2011
Umno di cabar jangan tanding pilihan raya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan