Rabu, 20 Julai 2011

Hukuman terhadap guru liwat murid kekal

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini mengekalkan hukuman lapan bulan penjara terhadap seorang guru yang didapati bersalah meliwat dua pelajarnya enam tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab berkata keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman itu adalah patut dan setimpal dengan kesalahan Muhammad Nizar Shuib.

"Setelah meneliti alasan pembelaan, saya dapati tiada keterangan kukuh pihak perayu untuk menolak keterangan pendakwaan yang berjaya membuktikan pertuduhan tanpa ragu dan mencukupi," kata Mohd Zaki semasa membacakan keputusannya.

Muhammad Nizar, 30, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu memaksa dua anak muridnya berumur 11 tahun antara Mei 2003 hingga April 2004 di rumah nombor 497, Taman Siswa 2, Jitra, merangsang dengan tujuan melakukan perbuatan melampau yang salah mengikut seksyen itu.

Mahkamah Sesyen Alor Setar mendapati guru itu bersalah dan menjatuhi hukuman penjara lapan bulan mulai 9 Mei 2010. Mahkamah itu juga membenarkan Muhammad Nizar diikat jamin sebanyak RM35,000 dan seorang penjamin sementara keputusan rayuannya di Mahkamah Tinggi. - METRO

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code