Rabu, 20 Julai 2011

TIONG LAI...MANA LU PIGI HAAA...SUDAH LALI KAAA??

HAIIYAAA MAA... Tiong Lai si burung bangang ni mana dah pergi kata nak siasat...siasat amendenya...cakap jer ternganga-nganga...terjilat sana-terjilat sini..kising-kinyih-kising -kinyih...pookk tah tekok tu kan..belot...!!!

'Liow, mana janji nak siasat?'

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dicabar mendedahkan kemajuan siasatan kementerian itu berhubung insiden di Hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mengingatkan Liow
bahawa parti itu telah menawarkan empat orang saksi ketika polis didakwanya menembak gas pemedih mata dan air bercampur kimia ke dalam perkarangan hospital, tempat peserta perhimpunan itu berlindung.

Keempat-empat mereka ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera); setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP, Zairil Khir Johari; dan Pua sendiri.

"Bagaimanapun, selepas menunggu selama seminggu, kami tak dengar apa-apa dari Liow atau kementeriannya, kecuali janji-janji yang berterusan secara lisan untuk menyiasat," Pua berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Menyuarakan kekecewaannya dengan Liow (kiri) yang didakwanya "mengelak daripada tanggungjawab", Pua berkata, tidak ada sebarang pengumuman maklumat mengenai "jawatankuasa tinggi" yang mahu ditubuhkan oleh kementerian tersebut bagi menyiasat perkara itu.

Pua mempersoalkan ketiadaan maklumat seperti anggota jawatankuasa tersebut, terma rujukan dan garis masa untuk ia menjalankan siasatan.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code