Rabu, 20 Julai 2011

MAHATHIR MENGENTOT DITUDUH KAFIR!!!

MAHATHIR hari ini mengungkit kembali kisah silam kerana pernah dituduh kafir oleh parti pembangkang iaitu PAS. Akibatnya cerita ini sekali lagi ditimbulkan kerana memikirkan sudah tiada lagi modal yang lebih sensasi dari isu ini. Pandangan dan pendapat Mahathir ini hanya laku pada zaman dia sahaja, iaitu 15 tahun yang lalu...kini isu kafir ini tidak lagi relevan ditimbulkan sekarang kerana ramai orang sudah kenal apa itu Islam. DAP yang dulu begitu jijik dengan Islam kini para AP (Ahli Parlimen)nya sudah pandai baca hadis, sudah sanggup pergi masjid dan majlis-majlis Islam. DAP bukan lagi jahil seperti zaman Mahathir dulu. Sebaliknya Umno dan Mahathir nampaknya masih lagi jahil seperti dulu, tidak pernah mahu berubah. Meskipun sudah sekian lama hidup dalam usia bonus masih lagi ingin mencampuri urusan-urusan negara.

Isu kafir-mengkafir ini telah lama PAS tinggalkan lagipun pemimpin yang dulu-dulu telah ramai meninggal dunia malah apa yang dikatakan mereka pada waktu itu ada benarnya. Kerana kebanyakan orang Melayu sendiri tidak kenal dengan masjid...bertukar dengan gereja pun ada...jadi tak salahlah jika orang PAS dulu mengatakan kafir kepada orang-orang seperti ini.

Jika Mahathir ingat dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian dapat memberi satu kredit dan kesedaran baru kepada golongan muda yang ada sekarang, nampaknya anda silap! Idea seperti itu sudah lama tidak berguna sama sekali. Pimpinan PAS yang baru ini lebih bersifat 'berkebajikan' berbanding pemimpin PAS yang dulu, lagipun di zaman Mahathir begitu ramai orang Islam yang sanggup menjualkan agamanya demi 'periuk nasi' termasuklah Anwar Ibrahim sendiri.

Tapi kini setelah lahirnya imam-imam muda yang lebih toleran dan memahami jiwa rakyat berbilang bangsa di negara ini, isu kafir-mengkafir ini cerita lapuk dan sudah usang. Dulupun cerita itu hanya ada dalam media-media kerajaan sahaja. Sekarang sudah zaman siber,orang semua sudah tahu apa itu hukum halal haram, sudah tahu apa itu kafir dan apa itu Islam. Isu sebegini dengan budaya sekarang sudah tidak lagi berkaitan 'simbiosis' sama sekali.

Usahlah mengungkit cerita 'Memali' dulu yang anda sendiri tahu mengapa berlakunya demikian? Pembunuhan dan kekejaman itu mungkin juga satu propaganda saja dalam mengekalkan warisan anda dalam dunia politik, jadi lebih baiklah anda yang sudah kaya raya duduk diam-diam saja dekat rumah...bermain dengan cucu-cicit...itu lebih baik lah....

Sifat pendendam dan suka mengungkit cerita lama ini bukanlah menunjukkan satu budaya yang sihat dalam masyarakat sementelah kita seorang pemimpin tersohor, terutama apabila kita sudah lanjut usia dan hari semakin senja, lagipun takkan belum bertaubat kalau sudah dituduh kafir!!!

[klik sini]

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code