Ahad, 24 Julai 2011

EKONOMI: MELAYU MASIH JAUH TERTINGGAL

DAKWAAN 62 NGO ini ada asasnya, secara terus berkait rapat dengan sistem politik negara yang ada sekarang, kerana ekonomi adalah politik dan politik pula adalah ekonomi. Regim Umno yang tidak mempunyai bajet yang cukup untuk mengeluarkan projek-projek baru kerana kebanyakan wang habis diguna untuk pilihan raya kecil dan sebahagiannya lagi bagi membuat persediaan PRU-13, sistem biometric yang dilihat sebagai membazir kerana perkara itu hanya digunakan 4-5 tahun sekali sedangkan kos penyelenggaraannya pula setiap tahun. Ini tidak berbaloi sama sekali.

Dakwa ekonomi lemah, 62 NGO bentuk Majlis Ekonomi Melayu

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Sebanyak 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan ekonomi Melayu hari ini bersetuju menubuhkan Majlis Ekonomi Melayu (MEM) bagi mengkaji kedudukan ekonomi orang Melayu di Malaysia.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas berkata MEM akan menjadi forum bersama untuk berbincang dan mengkaji semua kepentingan ekonomi Melayu dan menyimpulkan satu suara yang mewakili 62 NGO itu di dalam semua bidang.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, MEM ditubuhkan bagi meningkatkan maruah bangsa Melayu dalam memastikan hak dan peranan serta peluang ekonomi negara bukan sahaja diberi sama rata bahkan adil dalam mengambil kira faktor populasi masyarakat di negara ini.

“Kedudukan ekonomi kita sangat lemah walau pun negara sudah mencapai 54 tahun kemerdekaan dan dikhuatiri ini akan menjejaskan jurang perbezaan Melayu dan bukan Melayu. Ini harus dielakkan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat pertama majlis itu di sini, beliau mendakwa NGO yang hadir pada majlis ini mewakili 60 hingga 68 peratus daripada para usahawan Melayu di negara ini.

Ini, katanya kerana 60 peratus warganegara Malaysia terdiri daripada orang Melayu, dan jika peratusan ini rata-ratanya berpendapatan rendah, ia akan menimbulkan imej yang tidak baik.

Sasaran mencapai sekurang-kurangnya 3.0 peratus ekuiti dan peranan ekonomi orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru 1971 jelas kelihatan gagal, katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Haji Mokhtar Samad berkata banyak projek besar diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti My Rapid Transit (MRT) perlu diagihkan juga kepada kontraktor Melayu agar mereka tidak terus ketinggalan.

Syed Ali berkata MEM akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai majlis ekonomi Melayu itu pada Ogos ini dan turut menyampaikan memorandum yang berkaitan bagi memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam usaha negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code