Kelantan pertahan hiburan berkonsep Islam
Setelah disaman oleh kafir harbi yang berselindung disebalik MCA dan UMNO berkaitan pengharaman judi di Kelantan. Apakah nanti akan muncul satu lagi saman dari artis atau mana-mana syarikat atau persatuan muzik kerana tidak dapat menyanyi dan bertempik di Kelantan?
Bila wujud saman terhadap pengharaman judi di Kelantan, puak-puak UBN diam membisu, apakah mereka yang menyuruh siamang tiga ekor tu saman negeri Kelantan?
Awang Adek yang begitu mengidam jawatan Menteri Besar sudah lama berkira-kira untuk mendapatkan habuan andai judi kembali aktif di Kelantan. Inilah cita-cita murni Awang Adek dan Mustafa Mohamad. UMNO yang menjanjikan pembangunan komprenhensif dan sering mengherdik kemunduran Kelantan sebagai satu alasan untuk meraih undi semata-mata. Ciri-ciri kedekut pemimpin ini sudah lama dihidu oleh rakyat Kelantan.
Menngapa Kelantan sering dilabel dengan negeri yang kurang maju? Sebabnya agihan peruntukan kerajaan pusat tidak sepadan dengan keluasan dan jumlah penduduk rakyat, lagipun royalti minyak yang sepatutnya diabayar, dinafikan melalui berbagai kaedah, memperkudakan Mustafa Muhamad dengan mengatakan bahawa ianya berada diluar pesisir dan di Perairan Antarabangsa. Padahal jika tidak ada negeri Kelantan masihkah lagi Malaysia berhak ke atasnya? Sebab adanya negeri Kelantanlah maka hasil minyak itu masih boleh didakwa hak Malaysia, jika bukan sudah tentu ianya milik Thailand. Tengoklah betapa bodohnya pemikiran puak-puak UMNO ni.
Lagipun pengagihan peruntukan pusat diberi kepada kerajaan negeri melalui JPP yang bertindak sebagai agen pembangunan di bawah kerajaan pusat (UBN), jelasnya pembahagian peruntukan ini bukan mewakili kerajaan negeri tetapi mewakili UMNO, apakah ini adil untuk rakyat Kelantan?
KOTA BHARU, 24 Julai: Sebelum ini orang ramai tidak pernah disajikan dengan program hiburan berkonsep Islam, sehingga generasi muda lebih terdedah kepada hiburan diimport dari barat.
Kesannya budaya hiburan dimanifestasikan dalam kehidupan rakyat Malaysia lebih terarah kepada unsur-unsur negetif.
Menyedari kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu berusaha merintis hiburan berkonsep Islam untuk dihidangkan kepada rakyat.
Pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan hiburan berkonsep baru yang lebih mementingkan nilai timur dan agama.
Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda.
Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam.
”Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini.
”Dan menjelang Ramadan ini program tayangan filem Dalam Mihrab Cinta dan Bicara Selebriti pula akan diadakan di Balai Islam Lundang,” katanya di sini.
Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta akan diadakan pada jam 9 pada 29 Julai ini.
Manakala malam keesokannya pula program Bicara Selebriti bertajuk ”Indahnya HidayahMU” akan menampilkan pensyarah USM, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil.
Amin Idris iaitu selebriti TV Al-Hijrah akan bertindak sebagai moderator.
Program berkenaan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Quds Travel Sdn Bhd.
Ahmad Baihaki yang Adun Pasir Tumbuh berkata, program berkenaan dilihat berupaya memberi ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati generasi muda dengan Allah SWT.
Ahad, 24 Julai 2011
HIBURAN KONSEP ISLAM DI KELANTAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan